May 8th, 2020

Penyanyi Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana binti Emriza terus positif menjalani rutin harian sebagai ibu dan isteri kepada keluarganya meskipun masih bertarung melawan kanser limfoma yang dihidapi sejak kira-kira lapan tahun lalu.

Elyana

Memetik laporan daripada BH Online, Elyana difahamkan masih syukur menjalani kehidupan seperti biasa malah menyatakan yang sakitnya kini tidak seteruk awal-awal dahulu.

Menurut Elyana, meskipun beliau masih pesakit kanser tahap empat, namun tahap kesihatannya dalam keadaan normal. Malah tidak menafikan yang kadang-kadang beliau juga turut berdepan situasi yang mencurigakan.

“Ada juga masanya saya penat, seperti mahu ke tandas pun saya letih. Bagaimanapun, semuanya baik-baik sahaja sekarang,” katanya kepada BH Online.

Tambah Elyana, selepas menjalani rawatan radioterapi, beliau kini sudah lebih setahun tidak menjalani pemeriksaan di hospital.

ElyanaHal ini demkian kerana, selepas menjalani rawatan, keadaan tersebut telah menyebabkan dirinya tidak boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Menurut pemenang Anugerah Khas Pilihan Juri di Voice of Asia Kazakhstan ini, beliau kini masih aktif menerima tawaran nyanyian dan lakonan, malah telah sempat menyelesaikan penggambaran drama Misi Dania 2 sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Tidak sabar menunggu pandemik COVID-19 berakhir. Saya mahu kembali bekerja. Antara sebabnya, saya bosan terkurung di rumah selain mahu menjana pendapatan,” katanya.

Elyana

Meskipun kondusi kesihatannya tidak memberangsangkan, Elyana kini difahamkan masih mampu menunaikan kewajiban ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.

Malah beliau juga mengakui selain tidak perlu memakan ubat mengikut masa tertentu, faktor yang mendorong dirinya melakukan ibadah tercetus apabila melihat anaknya yang baru berusia sembilan tahun sudah mampu berpuasa penuh.

Sumber: BH Online


One response to “Hidap Kanser Limfoma, Elyana Masih Mampu Berpuasa”

  1. naura elvina90 says:

    sakit…tp sempat menggatal dengan husband org..shame on you!!!!!

Loading...