Hidap Ekzema Hingga Membunuh, Ini Kesan Penyakit Ekzema Terhadap Individu

Trending

Hidap Ekzema Hingga Membunuh, Ini Kesan Penyakit Ekzema Terhadap Individu

Mungkin ramai dah tahu mengenai penyakit Ekzema iaitu sejenis penyakit kulit yang agak serius. Punca penyakit ini masih belum dapat disahkan lagi namun kesannya boleh memudaratkan penghidapnya.

EKZEMA PENYAKIT KULIT DAN STRES SEBAB MASALAH KULIT SEMATA?

Advertisement

Kenapa pesakit ekzema sanggup bunuh ibu-bapa? Berasa tertekan hidap masalah kulit sampai sanggup buat begitu?

Itu bukan stres tuan puan. Itu isu gangguan mental!

Kesian ramai tak nampak kaitan ekzema teruk dan masalah pencernaan/mental. Sampai ada yang bunuh mak bapak.

Walaupun kajian belum kukuh, banyak kajian saintifik mengaitkan masalah alahan makanan dan ekzema@ psoriasis.

Dah banyak kajian saintifik mengaitkan isu usus dan alahan serta kesihatan mental. Malah ubat resdung, ubat gastrik, ubat tidur juga mungkin ubat “antihistamin”.

Mereka yang menghidapi ekzema atau psoriasis kronik yang teruk biasanya ada masalah sistem pencernaan. Bila ada masalah pencernaan atau orang kita sebut”angin” ni, memang risiko kepada kesihatan mental.

Pesakit yang ada GERD, ekzema boleh jadi berkait. Mereka berisiko dapat isu mental kerana gangguan ejen saraf , neurotransmitter:

– Histamin (gatal & sensitif deria)
– Dopamin (motivasi/ketagihan/OCD)
– Serotonin (mood/gembira/tidur)

Apa saya sering nak tegaskan, Ekzema mungkin bukan sekadar penyakit kulit atau stres emosi sebab masalah kulit.

Ia adalah masalah saraf sensitif dan juga gangguan sistem pencernaan. Mungkin juga gangguan mental. Jangan malu untuk rujuk doktor psikiatri.

Saya tau sebab hari-hari selalu hadap kes ekzema, memang ramai ada isu mental. Termasuk bayi pun ada “perangai” dan karakter alahan selain kulit.

Kredit : Hafiz Sulaiman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...