Melalui platform TikTok, baru-baru ini, tular video memaparkan seorang influencer yang dikenali sebagai Mira Kuku menangis kerana teringin mahu minum minimun berkarbonat.
Tak boleh minum air manis
Untuk info ramai, Mira Kuku menghidap penyakit autoimun iaitu Systemic Lupus Erythematosus (SLE) yang menyebabkan dirinya terdedah dengan pelbagi penyakit.
Dapat dilihat dalam video tersebut, pempengaruh berkenaan merasakan hidupnya tidak adil kerana disahkan hidap diabetes (kencing manis) biarpun tidak pernah minum minuman manis sepanjang 24 tahun.
Tak pernah minum air manis tapi hidap diabetes
24 tahun tak pernah minum air gas, salah ke saya nak rasa air gas? Air manis? Tak adil tahu tak 24 tahun saya tak pernah minum manis, lepas tu saya yang kena kencing manis. Bagi la saya rasa nikmat minum air manis.
Katanya lagi, disebabkan penyakit SLE yang dihadapi, banyak makanan serta minuman yang tidak boleh diambil olehnya, bahkan tidak dapat menikmati makanan kegemaran seperti orang lain.
Mira Kuku sempat mengadu ibu serta suaminya sering marah jika dia melanggar pantang larang tetapi gadis itu memohon maaf kerana bersikap emosi, barangkali disebabkan datang haid.