Gempar di sebuah hospital di Amerika Syarikat apabila sekumpulan doktor yang merawat seorang warga emas yang mengalami kesukaran untuk membuang air kecil dan mengadu sakit perut terkejut apabila sebiji batu karang sebesar telur unta di saluran kencing lelaki tersebut.
Menerusi imbasan CT terhadap lelaki berusia 64 tahun itu, berjaya mengesan objek besar pada bahagian perut yang menyukarkannya membuang air kecil disebabkan pundi kencing pesakit tersebut tersumbat. Pembedahan ke atasnya berjaya mengeluarkan batu karang seberat 770 gram.
Memetik laporan yang disiarkan dalam Jurnal Perubatan New England, pesakit itu menghidapi kanser pundi kencing lebih dari 10 tahun.
Doktor kemudiannya telah membuang pundi kencing lelaki itu dan membuat saluran baru daripada usus pesakit untuk memudahkan lelaki itu membuang air kecil dari tubuh.
Walaubagaimanapun, prosedur tersebut sebenarnya boleh meningkatkan risiko umenghidapi penyakit batu karang terhadap pesakit.
Warga emas itu menyatakan bahawa dia tidak mengalami sebarang masalah selepas dibedah, kini sedang dipantau oleh doktor.
Walaupun batu karang yang dikeluarkan tersebut agak besar, ia bukanlah yang terbesar yang pernah dikeluarkan doktor dari tubuh pesakit.
Berdasarkan rekod Dunia Guinness, pada tahun 2003, terdapat batu karang paling besar dikeluarkan dari perut seorang lelaki Brazil, Jose de Castro da Silva.
Pesakit berusia 62 tahun itu menderita penyakit batu karang dengan berat batu karang terbabit adalah 1.9 kilogram.
Pada pandangan admin, korang jagalah kesihatan tu baik-baik. Jangan ambil remeh sakit batu karang ni. Sedangkan yang kecil pun dah sakit, apatah lagi yang besar.
Sumber berita : Techtime