Sarapan pagi merupakan sesuatu yang penting untuk kita mulakan hari kita. Ia memberi tenaga kepada badan kita untuk menjalani hari pagi hingga tiba waktu makan tengah hari. Ramai yang kurang peka terhadap pentingnya sarapan pagi dan ia sangat tidak elok. Sekurang-kurangnya makan la biskut atau roti, minum air pun dah memadai. Berikut kami ingin kongsikan sarapan pagi yang popular di dunia.
Ghana
Makanan ini adalah waakye, satu makanan yang popular di africa, ia merupakan kacang yang dimasak bersama nasi.
Cina
Makanan ini dimakan oleh penduduk Cina setiap masa bukan untuk waktu pagi sahaja. Ia mengandungi Mee, Nasi, Ayam dan Sayur goreng.
Turkey
Sarapan yang power bagi kami, mereka ada keju, mentega, buah zaitun, telur, tomato, jam, roti, madu dan daging yang dimasak pedas.
Estonia
Makanan ini lebih dikenali sebagai “cheese on toast” . Roti yang ditampal dengan keju diatasnya. Nampak sedap!!
Pakistan
Makanan ini ialah Aloo Paratha, antara yang menarik adalah doh untuk makanan ini mengandungi ghee dan sedikit sayuran, agak bagus untuk memulakan pagi anda.
Jepun
Ini merupakan tofu yang dimakan bersama ikan dan nasi. Makanan ini menggunakan kuah soya sebagai pencicah. Agak sihat juga sarapan orang jepun ni.
Arab
Makanan ini adalah Foul Madamas. Ia mengandungi kacang Fava, kacang kuda, bawang putih dan limau. Dia dilengkapkan lagi dengan minyak zaitun, cili merah, sos tahini, telur rebus, dan sayur-sayuran hijau yang dipotong dadu.
Thailand
Nasi Air yang dicampur dengan daging khinzir dan beberapa bahagian dalam khinzir seperti hati dan perut. Makanan di boleh dikatakan sebagai All Khinzir.
Australia
Sangat simple, hanya sapukan Vegemite pada roti.
Morocco
Hidangan ini Baghir, mengadungi roti dan mereka selalu menggunakan jam, keju atau mentega sebagai perasa sarapan mereka
India
Ini merupakan kentang panggang yang dicampur dengan tofu, sosej, roti bakar dan pisang cili pangang. Agak pelik juga sarapan mereka tapi di india sarapan pagi mereka berbeza mengikut kawasan macam di malaysia la. Lain negeri lain sarapan paginya.
Jordan
Hidangan ini biasanya dihidangkan dengan minyak zaitun, daging kambing, jem atau mentega, ayam belanda atau daging lembu mortadella.
Peru
Ini adalah Ceviche dan makanan ini sangat popular hingga menjadi makanan utama kepada warga Peru. Ia adalah hidangan makanan laut yang dibuat daripada ikan mentah segar yang diperap dalam jus sitrus seperti lemon atau limau dan rempah ratus dan cili.
Alaska
Daging rusa pangang dan telur mata separuh masak(telur goyang) dimakan bersama pancake. simple je,
Philippines
Mempelam merupakan buah yang popular di filipo dan buah ini dimakan bersama nasi atau pulut. Dan benda kecil itu adalah sosej yang dipanggil longganisa. Sinangag pula merupakan telur bungkus yang mengandungi daging dan kacang.
Denmark
Roti rai, keju, salami, ham, pâté, madu, jem dan coklat.
Dominican Republic
Mangu dibuat daripada pisang rebus yang dihancurkan dan kemudian dicampur dengan salami, keju atau telur.
Sweden
Pancake sweden yang dipanggil Pannkakor, pancake ini digoreng nipis dan dihidangkan dengan sesuatu yang manis. Ia biasanya dihidangkan dengan telur rebus dengan tomato atau timun.
Bahamas
Ini merupakan bubur jagung yang dipanaskan dengan lama sehingga jagung hancur. Dan dihias dengan udang yang enak
Hawaii
sosej Portugis, Chasu, Bawang Hijau dan Telur dicampur dengan nasi berserta dengan Sos Teriyaki.
Wales
Welsh Rarebit adalah roti yang dicairkan keju diatasnya. Nampak enak. dan dimakan dengan sos Worcestershire.
Scotland
Ini merupakan hidangan jantung, paru-paru dan hari kambing yang dicincang dan dicampur dengan bawang, oat dan beberapa rempah lain.
Sumber: SonicBomb
Malaysia
Di malaysia pula, roti canai dan nasi lemak adalah makanan yang popular di waktu pagi. bukan sahaja pagi, petang dan malam pun kita makan juga.