Hidang Kambing Dan Kerang Bakar Untuk Moreh, Individu Kongsi ‘Reviu’ Surau Elmina Gardens Sebagai ‘T20’ -“Surau Pun Bersih Dan Kemas”

Kehidupan

Hidang Kambing Dan Kerang Bakar Untuk Moreh, Individu Kongsi ‘Reviu’ Surau Elmina Gardens Sebagai ‘T20’ -“Surau Pun Bersih Dan Kemas”

Dalam bulan Ramadan, solat tarawih menjadi tumpuan utama umat Islam. Usai solat berjemaah, kebanyakan surau dan masjid menyediakan juadah moreh, biasanya kuih-muih dan minuman panas seperti teh tarik atau kopi.

Namun, Surau Elmina Gardens tampil berbeza dengan menyediakan menu moreh istimewa – kambing bakar dan roti canai untuk para jemaah, menjadikannya antara surau yang menawarkan hidangan unik sepanjang Ramadan ini.

Advertisement

Surau elmina sedia juadah moreh mewah

surau elmina sedia juadah moreh mewah

Menurut perkongsian video daripada @ariffash di TikTok, juadah moreh istimewa ini merupakan hasil sumbangan jemaah yang bersedekah kepada surau.

Selain itu, pihak surau turut menyediakan khemah bagi memastikan para jemaah dapat menikmati hidangan dengan lebih selesa selepas menunaikan solat tarawih.

Perkongsian itu kemudiannya menuai pelbagai komen dan respon dalam kalangan netizen yang rata-ratanya teruja dengan penyediaan moreh dan juga fasiliti yang disediakan buat para jemaah.

Ada juga yang memuji sikap dermawan jemaah yang tidak lokek menyumbang dana dalam penyediaan juadah istimewa di bulan Ramadan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

leia mayssa sambung belajar mit
12 hours ago

Berjaya Sambung Pelajaran Ke MIT Dalam Jurusan Sains Komputer , Ini Kejayaan Luar Biasa Adik Leia Mayssa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...