Hibur Peminat Dengan Lagu Itik Gembo-Gembo, Peminat Mahu Lan A To Z Sertai Gegar Vaganza Musim Depan

Hiburan

Hibur Peminat Dengan Lagu Itik Gembo-Gembo, Peminat Mahu Lan A To Z Sertai Gegar Vaganza Musim Depan

Pernah mencipta populariti sekitar tahun 90-an dahulu, kumpulan A To Z pastinya diingati dengan lagu-lagunya seperti Itik Gembo-Gembo, Berdendang, Darjat dan Iyo Ko.

Salah seorang daripada ahli kumpulan tersebut iaitu Lan khabarnya kini giat mengusahakan perniagaan menyewa sistem audio dan juga pengacara majlis.

Advertisement

Terbaru, tular di media sosial TikTok apbila seorang pengguna aplikasi tersebut telah menemui Lan atau nama sebenarnya Norazlan Abdul Aziz yang pada ketika itu sedang bertugas dalam sebuah majlis perkahwinan.

Masih berjiwa penghibur, Lan sempat menghiburkan peminatnya dengan menyanyikan lagu Itik Gembo-Gembo untuk tatapan mereka di luar sana.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kagum dengan stamina Lan yang masih kuat dan berada dalam keadaan yang  sihat serta suaranya juga tidak berubah sejak kali terakhir muncul dalam kumpulan nyanyian itu.

A To ZSumber : Google  

Malah, ada juga peminat yang meminta Lan untuk membuat kemunculan semula menerusi program realiti TV popular, Gegar Vaganza pada musim yang seterusnya.

Selain Lan, kumpulan nyanyian A To Z turut dianggotai Jeff yang merupakan abang kepada pelakon Shaheizy Sam dan Chap, anak kepada pelakon Shaharudin Thamby.

Sekadar info, Lan telah mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan iaitu Siti Nur Ain Daut dan kini memiliki dua orang cahaya mata.

1 year lalu

Lan A To Z Kini Bergelar Tauke Buluh Lemang, Hampir 8,000 Batang Terjual Sepanjang Perayaan Aidilfitri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...