July 22nd, 2014

Ok ini agak kelakar juga sebenarnya. Ada peminat yang menyamakan fesyen yang digunakan oleh Yuna untuk muka depan majalah Cosmopolitan adalah serupa dengan kartun Barney and Friends. Kasar juga persamaan yang diberikan. Mentang-mentanglah Yuna memakai baju serta tudung berwarna ungu. Abang Nara tengok nampak bergemerlapan je. Klasik!!!
yuna cosmopolitan

Namun setiap kali Yuna tampil menghiasi majalah atau berkongsi imej terbarunya, pasti ia membuatkan para peminat penyanyi hebat ini berbelah bahagi. Ada yang menyokong, ada yang membantah dan ada yang menjadi orang tengah. Yang menyokong gembira dengan gaya ‘international’, yang membantah kecewa Yuna tidak seperti dahulu dan macam-macam lagi.

yuna cosmopolitan

Secara jujur, walaupun dulu Abang Nara pernah menyatakan rasa tidak gemar dengan imej ‘international’ Yuna ini. Setelah difikir-fikirkan balik, mungkin gaya sebegini yang diterima oleh masyarakat luar sana. Sekali pandang memang nampak ‘up to date’, mengikuti perkembangan fesyen dan ada tarikan tersendiri. Mungkin Yuna lebih mengerti apa yang dimahukan oleh peminat luar negaranya. Jadi kita selaku peminat, sokonglah setakat mana termampu.

yuna cosmopolitan

Apa pun Abang Nara suka dengan video klip lagu ‘Come Back’ daripada Yuna. Sempoi je. Lagu pun best. Memang boleh layan.

Tertanya-tanya juga sama ada Yuna sudah pulang ke Malaysia untuk berhari raya. Kalau dah, selamat kembali diucapkan.
yuna cosmopolitan

P.S: Cepat-cepat beli baju raya untuk dipakai pada hari raya 3, ke 4 dan seterusnya di www.hidy.com.my. Selesa sangat kain yang digunakan. Kalau pergi berjalan raya tak adalah melekit peluh. Yang penting kecantikan anda tetap terserlah. Cepat-cepat beli untuk ia dihantar sebelum korang balik kampung. Banyak lagi di www.hidy.com.my.


Comments are closed.

Loading...