Hiasi Bilik Seperti Hotel Legoland, Legoland Malaysia Penuhi Permintaan Terakhir Danish

Trending

Hiasi Bilik Seperti Hotel Legoland, Legoland Malaysia Penuhi Permintaan Terakhir Danish

Legoland Malaysia Resort dan Lego Malaysia semalam bekerjasama dengan sekumpulan rakyat Malaysia prihatin menyampaikan hadiah Lego kepada pesakit kanser Muhammad Danish Maarif, 11, di kediamannya di Kuala Selangor.

Advertisement

Pengurus Besar Interim Legoland Malaysia Resort Young Pil Kim berkata Danish sukakan Lego dan satu daripada impian terbesarnya adalah ingin melawat Legoland Malaysia Resort.

Bagaimanapun, doktor menyatakan keadaan beliau tidak mengizinkan untuk sebarang perjalanan selepas kanser merebak ke seluruh badannya dan beliau dibawa pulang ke rumah untuk berehat.

“Walaupun tidak dapat membawa beliau ke Legoland Malaysia Resort, kami berharap dapat membawa Legoland Malaysia Resort kepadanya. Saya sangat berterima kasih kepada mereka yang terlibat membantu Danish dan membawa perkara ini kepada pengetahuan orang ramai,” katanya.

Kisah tentang seorang pesakit kanser berusia 11 tahun mendapat perhatian netizen apabila sekumpulan rakyat Malaysia yang diketuai Wan Shahriza Wan Ab Rahman memuat naik kisah itu menerusi akaun Facebook beliau.

Danish disambut maskot watak popular Lego seperti Lego Darth Vader, Lego Builder, Lego Policeman serta permainan Lego yang disumbangkan oleh Legoland Malaysia Resort.

Pasukan itu turut menghias bilik pesakit kanser tersebut dengan barangan bertemakan pengembaraan untuk menjadikannya seperti bilik di Hotel Legoland.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.