Sudah menjadi amalan orang barat menghiasi tanah perkuburan dengan bunga-bungaan sebagai tanda penghormatan terakhir kepada si mati. Namun, lain pula ceritanya apabila seorang lelaki terkejut melihat hiasan bunga di tanah perkuburan yang berbaur lucah.
Ketika menziarah tanah perkuburan itu, dia melihat bunga dengan tulisan merah dan putih disandarkan pada kubur si mati bertulis perkataan lucah ‘Mr F*** You’ dan memalukan.
Tindakan sedemikian menjadi tanda tanya pengunjung bagaimana ia boleh dilakukan di kedai bunga. Penghormatan bunga buat si mati hendaklah bersesuaian dengan skema warna dan tidak boleh menyinggung perasaan.
Menurut laporan ECHO, pengunjung yang merakam aksi di Tanah Perkuburan Allerton di Liverpool berkata, ia adalah tindakan yang sama sekali tidak wajar dilakukan.
“Saya tidak faham kenapa seseorang dibenarkan untuk meninggalkan pesanan seperti itu di tempat yang seharusnya dihormati”.
“Saya tergamam. Ia tidak sepatutnya dilihat berlaku di kawasan perkuburan, atau di mana-mana sahaja”.
“Apa yang lebih mengejutkan adalah pihak kedai bunga atau mengatur dan menghiasnya mengikut permintaan. Saya agak jika ada seseorang sedia membayarnya, mereka hanya lakukan saja”.
Menurut ECHO, Isnin lalu majlis perbandaran Liverpool telah mengalihkan hiasan bunga tersebut keluar dari tanah perkuburan berkenaan.