Hias Kenderaan PQPTRW, Peluang Menang Wang Tunai RM30,000. Wau!

Trending

Hias Kenderaan PQPTRW, Peluang Menang Wang Tunai RM30,000. Wau!

FW449658_KL12_270116_QU_PUT

Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr. Hasmizah Othman sudi menaja hadiah sebanyak RM30,000 untuk pertandingan hias kereta dan motosikal bertemakan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).

Advertisement

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, pertandingan itu akan diadili sendiri oleh Hasmizah yang lebih popular dengan gelaran Datuk Seri Vida memandangkan beliau penaja hadiah pertandingan itu.

“Penyertaan akan diadili oleh beliau sendiri pada 16 Februari ini pada pukul 11 pagi di perkarangan Stadium Kota Bharu, Kelantan.

“Semua peserta akan menyertai perarakan mengiringi pemain pada pukul 6 petang dari pejabat KAFA ke stadium,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar berkata, penyertaan pertanding itu adalah terbuka dan mereka yang berminat menyertainya diminta menghubungi pejabat KAFA untuk mendaftar sebelum 14 Februari ini.

“Setiap Penyertaan diberi dua tiket “Tamu KAFA” percuma untuk menonton perlawanan Liga Super PQPTRW lawan PDRM,” katanya.

Fuhh! Menarik sungguh tawaran hadiah yang diberikan. Korang hias cantik2 kenderaan rasmi pasukan Kelantan ni, kalau Datuk Vida berkenan, boleh bawa pulang wang tunai tu.

Hehe..

sumber : mynewshub

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...