‘Heroin Komuter Pink’ Tekad Halau Penumpang Lelaki Dari Koc Wanita, Tidak Mahu Jadi Pengecut

Trending

‘Heroin Komuter Pink’ Tekad Halau Penumpang Lelaki Dari Koc Wanita, Tidak Mahu Jadi Pengecut

Koc wanita dalam gerabak komuter mula diperkenalkan pada tahun 2010. Ia khusus untuk penumpang wanita sahaja kerana lelaki tidak dibenarkan masuk.

koc

Advertisement

Langkah tersebut dibuat bagi memberi keselesaan kepada penumpang wanita dan mengelakkan kejadian-kejadian tidak diingini sekiranya bercampur dengan penumpang lelaki.

Sudah sembilan tahun diperkenalkan, namun masih ramai penumpang lelaki yang berdegil dan tiada adab terus menggunakan koc tersebut walaupun sudah terpampang tulisan ‘koc untuk wanita sahaja’.

Bagi membezakannya, koc tersebut diletakkan warna merah jambu untuk melambangkan wanita.

Situasi itu berterusan hingga kini kerana tiada pemantauan yang kerap dan sikap penumpang wanita itu sendiri yang hanya menjadi pemerhati tanpa menegur.

Mereka dilihat takut untuk bersuara dan bersikap tegas terhadap penumang lelaki yang tiada adab ini.

Namun, baru-baru ini seorang penumpang wanita menjadi perhatian dan dianggap sebagai ‘heroin’ apabila bertindak menghalau penumpang-penumpang lelaki yang memasuki koc wanita itu.

Menggunakan nama Facebook, Wan Amiasyazlia Meor menggunakan media sosial itu untuk memberitahu dan menceritakan pengalamannya meempertahankan hak wanita.

Menerusi insiden pada 16 Februari, Wan Amiasyazlia yang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Rawang, telah menghalau sekumpulan lelaki yang selamba duduk dalam koc wanita.

Hatinya marah dan geram apabila melihat ada lelaki dalam koc wanita. Bertambah geram, mereka tidak berganjak walaupun sudah ditegur beberapa kali, seolah-olah tidak bersalah.

Kemuncak kemarahannya meletus apabila melihat seorang wanita yang berdiri sukar untuk menyusukan bayinya sedangkan wanita itu ada hak untuk duduk tetapi telah digunakan oleh penumpang lelaki.

Tanpa rasa bersalah, tiada seorang pun penumpang lelaki memberi tempat duduk sebaliknya masing-masing biat tidak tahu sahaja. Hal itu membuatkan Wan Amiasyazlia berang dan menghalau kesemuanya.

Namun, lebih menyedihkan tiada seorang pun penumpang wanita yang membantunya ketika itu.

Mujurlah ada seorang penumpang lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang digelarnya sebagai ‘hero’ membantu dia menghalau semua penumpang lelaki di dalam koc itu.

koc

Lelaki OKU (dalam bulatan) yang membantunya menghalau penumpang lelaki.

Bagaimanapun, kekecewaannya kini terubat apabila mendapat tahu pihak KTMB sudah memperketatkan kawalan dengan menghantar polis bantuan untuk memeriksa koc wanita selepas posting berkenaan tular.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...