Hero Sekarang Tidak Berkualiti, Sesiapa Sahaja Boleh Berlakon Jika Wajah Kacak – Ako Mustapha

Hiburan

Hero Sekarang Tidak Berkualiti, Sesiapa Sahaja Boleh Berlakon Jika Wajah Kacak – Ako Mustapha

Ako Mustapha, kami yakin jika anda peminat drama tegar tentu anda masih ingat dengan pelakon ini yang dahulunya menjadi kegilaan wanita diluar sana. Namun, beliau kini jarang muncul didalam mana-mana drama bukan?

Advertisement

Namun, Ako baru-baru ini ada memberikan pendapat beliau tentang kualiti pelakon zaman sekarang yang hanya berbekalkan paras rupa tetapi kurang berbakat dalam bidang lakonan.

Kualiti hero sekarang sudah menurun, siapa sahaja boleh jadi hero jika ada wajah yang kacak.

Mereka terus diberi peluang pegang watak utama tanpa watak-watak kecil terlebih dahulu. Tahap lakonan atau kualiti sudah tidak penting.

Buat Ako, apa salahnya untuk membuka peluang bagi mereka yang mempunyai asas dalam lakonan ataupun mempunyai ijazah dalam bidang berkenaan untuk tampil secara “mainstream”.

Ramai graduan yang ada ilmu tentang seni persembahan dan lakonan tapi tidak diberi peluang kerana kekurangan pakej rupa paras.

Bukan sahaja pelakon, malah pekerja-pekerja di belakang tabir juga saya lihat ramai yang tiada ilmu. Siapa pun boleh bekerja sebagai juru kamera atau pengarah.

Mungkin apa yang dikatakan oleh Ako itu ada betulnya. Memang ketampanan seseorang itu agak penting untuk menjadi pelakon kerana ingin menarik perhatian, tetapi penonton sekarang sudah pandai menilai kualiti pelakon dan drama. Mereka juga mengharapkan kualiti yang  lebih baik dari segi lakonan.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...