Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hero Drama Mr. Grey Fendy Bakry Terkena Sakit Misteri, Tidak Mampu Bertutur Dengan Jelas

Sudah hampir enam tahun berkecimpung dalam industri hiburan, nama pelakon Fendy Bakry baru sahaja ingin menyerlah dan mendapat perhatian ramai menerusi drama adaptasi novel Mr. Grey yang kini sedang ditayangkan.

Advertisement

Untuk pengetahuan anda, Fendy adalah salah satu peserta pencarian Hero Remaja tahun 2012 seangkatan dengan pelakon popular Fattah Amin, Syafiq Kyle dan Saharul Ridzwan.

Tidak dinafikan kini nama Fendy sedang melonjak naik, namun siapa sangka beliau akan diduga dengan penyakit misteri yang membuatkan tahap kesihatannya semakin merosot.

Mengesahkan berita tersebut, kakak Fendy iaitu Fahniza memberitahu badan adiknya itu semakin lemah, pergerakannya terbatas dan sudah tidak mampu bertutur dengan jelas.

Advertisement

Maaf.Fendy tidak boleh menjawab panggilan ketika ini kerana dia sukar bercakap. Keadaannya juga lemah selain pergerakannya terbatas sampai hendak pegang telefon pun tidak boleh.

Difahamkan, Fendy sudah mendapatkan rawatan pakar di hospital sebelum ini, tetapi keadaannya masih sama. Buat masa ini, beliau berada di kampung halamannya di Perlis bagi mendapatkan rawatan secara perubatan Islam pula. Keluarganya kini sedang berusaha sebaik mungkin agar Fendy dapat kembali pulih dan ingin mencari punca beliau sakit secara tiba-tiba.

Kami harap keluarga Fendy tabah dengan ujian yang menimpa dan mari sama-sama kita berdoa agar beliau lekas pulih.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 Comments

  1. Za

    May 1, 2018 at 10:48 pm

    Banyak punca penyakit yang boleh jadi simptom macam ni. Brain tumor salah satu, sakit saraf yang lain. Moga kuat hadapinya mr grey. Utk ahli keluarga smoga semuanya dipermudahkan urusan. Aaminn

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top