Hero AKA Abam Iyo Sudah Meninggalkan Kita

Trending

Hero AKA Abam Iyo Sudah Meninggalkan Kita

Mungkin anda semua sinonim dengan Hero atau Abam Iyo, seekor kucing yang diselamatkan oleh Papa Hero setelah dua kakinya di bahagian hadapan dipotong oleh individu kejam kerana mencuri ikan di restoran sewaktu masih kecil pada tahun 2005. Iyo telah diselamatkan dan dirawat oleh Papa Hero sehingga sembuh dan sejak itu tinggal bersama Papa Hero dan keluarganya.

Baru-baru ini, Iyo disahkan mengidap leukemia oleh veterinar yang dirujuk oleh Papa Hero. Iyo bagaimanapun telah meninggalkan kita kira-kira sejam yang lepas disebabkan penyakit yang dihidapi yang semakin serius sejak disahkan positif leukemia oleh tuannya lebih kurang seminggu lepas.

Bagaimanapun, Iyo dan kisahnya akan kekal dalam ingatan kita sebagai satu ikon bagi menentang kezaliman dan kekejaman terhadap haiwan di negara ini. Sila ke KAKIMOTONG FAN CLUB untuk kemas kini mengenai Abam Iyo.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...