Hermo Buat Havoc Lagi, Kali Ini Dengan Promosi #HolidayLikeAStar Bersempena Hari Cuti

Hiburan

Hermo Buat Havoc Lagi, Kali Ini Dengan Promosi #HolidayLikeAStar Bersempena Hari Cuti

Memang untunglah mereka yang menjadi pembeli setia Hermo.my kerana laman web yang menjual pelbagai produk kecantikan ini seringkali mengadakan promosi kaw-kaw. Selepas promosi #Double11Fiesta mereka yang membuatkan ramai orang berbelanja sakan, kini Hermo.my tampil dengan promosi #HolidayLikeAStar bersempena jualan Hari Cuti.

Advertisement

Bermula dari 1 Disember sehingga 31 Disember ini, pelbagai promosi, diskaun dan tawaran menarik yang anda WAJIB rebut di www.hermo.my Untuk makluman, ahli Gold & Platinum (G&P) Hermo akan boleh mula bershopping pada 1 Disember sementara ahli biasa hanya akan boleh menikmati promosi #HolidayLikeAStar ini sehari selepas itu iaitu pada 2 Disember. Mudah je nak menjadi ahli G&P Hermo. Anda hanya perlu berbelanja RM1,000 untuk menjadi ahli Gold dan juga RM2,000 untuk bergelar ahli Platinum. Memang best sekiranya tergolong di dalam ahli G&P Hermo ini kerana mendapat peluang untuk menikmati promosi #HolidayLikeAStar 24 jam lebih awal daripada orang lain.

Ok jom kita tengok apa yang best bersempena kempen #HolidayLikeAStar dari www.hermo.my ini:-

1. Holiday Gift with Purchase

Sekiranya anda membuat pembelian bernilai RM120 dan ke atas, anda akan mendapat “Shimmer Glimmer Candle” yang sangat wangi sebagai hadiah PERCUMA. Khas untuk ahli G&P, edisi terhad Jet Set Kit untuk menemani percutian akan menjadi milik anda apabila anda berbelanja RM200 dan ke atas di www.hermo.my. Sebab itulah Abang Nara sarankan korang jadi ahli G&P Hermo nie. Banyak benda benda FREE dan BEST yang bakal korang perolehi.

2. Holiday Like A Star Limited Edition Beauty Box

Edisi terhad “11 piece gift set” untuk anda miliki pada harga RM189 sahaja sedangkan nilai sebenar barang-barang di dalamnya ialah RM410. Anda akan jimat sebanyak RM221. Pergh!!! Memang terlebih berbaloi nie. Lagi menarik bila anda keluarkan “inner tray”, boleh jadi bekas makeup serbaguna dengan cermin yang ada di dalam. Hanya ada 500 set sahaja, dapatkan segera ya! Kenapa ‘Beauty Box’ ini sangat berbaloi? Ini antara barang di dalamnya yang anda akan dapat. Sangat sesuai dan menguntungkan untuk anda memilikinya terutama kepada yang gemar memakai alat solek serta mementingkan penjagaan kulit wajah. Sudah tentu set penjagaan kulit dan alat solek ini adalah gabungan lengkap dan cukup sempurna.

2 x Hermazing Beauty Blender
1 x Maybelline 24K Nudes Palette
1 x NYX Professional Makeup Soft Matte Lip Cream*
1 x 8B Pro Stippling Brush
1 x Benton Snail Bee High Content Essence 60ml
1 x Heimish Refresh Water 85ml
1 x Bioderma Hydrabio H20 20ml
1 x Bioderma Sensibio H20 20ml
1 x Hanaka Chu Chu Lip Scrub 15ml*
1 x The Face Shop Raspberry Roots Sleeping Mask 100ml

*Dipilih secara rawak

Dengan setiap pembelian set hadiah ini juga, pelanggan akan dapat “Soonsoo Star Foundation SPF50 + / PA +++ [# 23 Natural Skin]” * secara percuma!

3. Menangi DYSON Supersonic Dryer

Dah lama mengidam nak memiliki dryer jenama Dyson? Inilah masanya untuk anda kelihatan lebih menawan seperti bintang di hari cuti! Untuk hadiah kali ini, SATU (1) Dyson Supersonic ™ Hair Dryer yang bernilai RM1799 akan diberi kepada peminat setia Hermo! Untuk berpeluang memenangi hadiah ini, hanya perlu ikut 3 langkah mudah :

Langkah 1 : Kemaskini gambar profile facebook anda dan letakkan bingkai “Holiday Like A Star”

Langkah 2 : Muat turun gambar dan muat naik di Instagram anda beserta hashtags #holidaylikeastar #hermochristmas2017

Langkah 3 : Pastikan penyertaan anda di FB & Instagram ditetapkan sebagai awam (public)

Peraduan ini berakhir pada 31 Disember 2017. Satu orang pemenang akan dipilih berdasarkan entri terbaik. Semakin banyak penyertaan anda, semakin tinggi peluang anda untuk menang! Sekiranya anda bertuah, DYSON Supersonic Dryer bernilai RM1,799 akan menjadi milik anda. Mana tahu bulan Disember ini bulan bertuah anda kan?

4. XOMO Deals

Setiap hari Selasa dan Jumaat tepat jam 12 petang sepanjang bulan Disember ini, pastikan anda berada di hadapan komputer. Bukak laman web www.hermo.my dan refresh berulangkali sehingga lebam jari untuk melihat “best seller items” dijual pada harga rendah tak masuk akal bersempena XOMO Deals ini. Kuantiti adalah terhad. Siapa cepat dia dapat. Antara produk-produk yang termasuk di dalam XOMO Deals ini adalah:-

  • Skin Food Black Sugar Mask (harga asal: RM44 , harga promosi: RM23.40)
  • Heimish All Clean Balm (harga asal: RM74, harga promosi: RM53.50)
  • Klairs Rich Moist Soothing Sheet Mask (harga asal: RM119, harga promosi: RM45.40)

5. 2 for RM39 Bundle

Mencari produk penjagaan badan tetapi nak berjimat? Beli je mana-mana 2 produk penjagaan dari kepala sehingga ke hujung kaki di www.hermo.my pada harga RM39 sahaja. Abang Nara berani jamin korang tak akan dapat harga yang lebih murah di laman-laman web lain. Hanya Hermo sahaja yang berani buat harga gila macam ini untuk pengguna setia mereka.

 

6. Christmas Game – Perfect Pairs

Bosan tak ada buat apa di office? Jangan habiskan masa bermain Facebook. Gunakan masa terluang untuk bermain “Christmas Game – Perfect Pairs” di www.hermo.my untuk mendapatkan voucher bernilai RM5, RM10 dan RM15. Anda hanya perlu mencari pasangan kad yang sama untuk memenangi voucher-voucher ini. Selain itu, anda juga berpeluang untuk memenangi salah sebuah hadiah di bawah di dalam lucky draw #HolidayLikeAStar Hermo ini.

Nak tahu apa hadiah utama? Anda layari www.hermo.my sekarang.

Best kan promosi yang ditawarkan oleh Hermo.my bersempena kempen #HolidayLikeAStar mereka ini? Ini baru sikit je Abang Nara share. Banyak lagi promosi-promosi best yang korang boleh baca sendiri di www.hermo.my dan juga Facebook Hermo Malaysia. Memang inilah peluang terbaik untuk mendapatkan produk-produk kecantikan yang telah lama korang idamankan selama ini. Boleh juga beli banyak-banyak untuk stok menghadapi tahun 2018. Alang-alang dah murah kan?

Selamat membeli-belah dan selamat menyambut Hari Cuti buat mereka yang bercuti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...