Ekoran insiden kemalangan yang menyebabkan seorang pelajar 13 tahun putus kedua-dua belah kakinya, anak kepada pemandu perodua kancil yang terlibat memohon agar orang ramai berhenti memfitnah mereka.
“Tolonglah jangan tuduh kami macam-macam. Hentikanlah fitnah ni! Kesian kat mak. Kami tak ada ayah, mana lagi, kami nak tumpang kasih, kalau mak pun tak ada,”Mia (bukan nama sebenar), 24, yang merupakan anak sulung pemandu kereta kancil itu.
Mia membuat luahan perasaan sedihnya apabila ibunya dikecam teruk di media sosial selepas wanita berusia 40 tahun terlibat dalam nahas terbabit.
Menurut Mia, anak pertama dari enam beradik, kejadian itu telah menyebabkan kesan yang mendalam terhadap mereka sekeluarga apabila ibunya teruk dicemuh dengan kata-kata mengguris perasaan hati.
“Buat masa sekarang, tak payahlah tuduh sesiapa. Tunggu hingga siasatan selesai baru nak hentam siapa betul, siapa salah. Hormatilah perasaan kami sekeluarga. Adik-adik saya masih kecil lagi, tak tahu apa pun yang berlaku,” katanya.
Difahamkan juga, ibu Mia sekarang memikul tanggungjawab besar kerana terpaksa menyara keluarga selepas Mia kematian bapa pada 14 tahun lalu.
“Selama ini, maklah yang didik dan sekolahkan kami dengan baik tanpa ayah. Dia besarkan kami dengan kudrat tulang empat kerat. Bila dah jadi macam ni, tak kan nak diam diri, biarkan ibu seorang,” katanya.
Menurutnya lagi, kemalangan itu berlaku ketika ibunya dalam perjalanan ke rumah selepas mengambil pelajar di sebuah sekolah disini.
Admin berharap kes ini dapat diselesaikan dengan baik antara kedua-dua belah pihak.