Hentikan Fitnah Kepada Milo, Sunquick dan Nescafé – Dr. Rafidah Abdullah

Trending

Hentikan Fitnah Kepada Milo, Sunquick dan Nescafé – Dr. Rafidah Abdullah

Beberapa hari lalu kecoh di Mesia Sosial yang mengatakan meminum Nescafé boleh menyebabkan penyakit gout. Seorang doktor perubatan Dr. Rafidah Abdullah ahli kepada kolektif perubatan twitter #MedTweetMY yang merupakan satu kumpulan doktor dari semua bidang perubatan berkongsikan dan menjawab persoalan yang diajukan oleh pengguna twitter.

Advertisement

Disebabkan tular isu seperti Nescafé yang menyebabkan gout kepada pengguna, Dr Rafidah tampil memberikan pendapat beliau berkenaan isu tersebut.

Beliau memulakan kenyataan beli dengan berkongsi gambar Nescafé yang diminumnya dan menegaskan Milo, Sunquick dan Nescafé TIDAK menyebabkan gout dan rosak buah pinggang.

Berikut merupakan 2 fakta yang diberikan kepada persoalan isu viral tersebut

Fakta 1

Gout selalu berlaku kepada lelaki, terutama kepada lelaki yang berusia. Antara golongan yang berisiko adalah orang tua, lelaki, perempuan selepas menopaus, yang gemuk, tahap kolestrol yang tinggi dan yang mengamalkan minuman keras.

Fakta 2

Penyakit kronik seperti buah pinggang tidak boleh diketahui dengan hanya memegang. Ia merupakan pembunuh senyap dan tiada simpton sampai ke peringkat akhir. Kepada yang berisiko, mohon membuat saringan di hospital.

Meminum Milo, Sunquick dan Nescafé secara sederhana tiada masalah. Tapi pengambilan minuman perlu diambil kira atau lebih jelasnya pengambilan gula dalam minuman tersebut.

Beliau juga turut berkongsikan beberapa saranan cara pengambilan gula yang sihat.

Milo

Buat kosong.
Buat di rumah; bukan di kedai yang biasa campur macam-macam.

Dalam milo sendiri dah ada gula, cocoa, calcium dan beberapa vitamin & mineral.

Satu gelas yang kosong anggaran 100-120 kcal.

Sunquick

atau mana-mana brand jus lain ada banyak gula tersembunyi ya. Sama juga dengan minuman bikarbonat.

Boleh saja ambil tapi macam biasa, kurangkan frekuensi. Sekali sekala ok.

Jangan amalkan minuman manis macam ini.

Nescafé

Saya punya O, kosong, buat sendiri di rumah. Anggaran kalori 6-10 kcal.

Tapi kalau anda letak susu pekat manis, gula (contoh 3 in 1) dan macam2; akan meninggikan kalori itu.

Cuba biasa kan baca kalori setiap sachet.

Beliau juga berpesan supaya jangan berkongsikan info yang mengarut tanpa sumber yang betul. Kurangkan manis dalam minuman kerana anda mungkin berisiko menjadi gemuk & mendapat Kencing Manis. Hal ini kerana Kencing Manis adalah PUNCA utama kerosakan buah pinggang dan Obesiti adalah salah satu risiko untuk gout

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...