Henti Viral Kisah 9 beradik. Maklumat Tak Tepat, Jadi Bahan Sensasi

Trending

Henti Viral Kisah 9 beradik. Maklumat Tak Tepat, Jadi Bahan Sensasi

fake_viral_600

Orang ramai diminta supaya berhenti daripada menyebarkan kisah sembilan beradik yang kehilangan ibu selepas mengalami komplikasi ketika melahirkan bayi kembar di laman sosial.

Advertisement

Ia disebabkan kandungan maklumat yang disebarkan didakwa tidak tepat dan hanya dijadikan bahan sensasi oleh pihak-pihak tertentu.

Adik kepada arwah, Abdul Razak Nordin, 44, berkata, perkara yang telah menjadi viral berkenaan anak Allahyarham kakaknya itu adalah tidak benar.

“Saya bagi pihak keluarga di sini ingin menjelaskan bahawa perkara itu telah disalah ertikan yang mana sebenarnya kami tidak ada masalah, tidak ada yang perlu dibimbangkan.

“Segala kelengkapan dan bantuan itu adik beradik kami mampu untuk tanggung,” katanya, lapor laman portal peraktoday.com.

Baru-baru ini kisah sembilan adik beradik yang merupakan anak kepada Allahyarham Roshidah Nordin viral apabila dikatakan hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.

Sejak maklumat itu tersebar ahli keluarga Allahyarham tidak putus-putus menerima kunjungan dan panggilan telefon daripada mereka yang bersimpati.

Sementara itu, sepupu kepada arwah, Azam Abdul Mutalib berkata, perkara yang menjadi viral itu telah menimbulkan intepretasi yang kurang baik dipandangan mata orang ramai kepada keluarga waris.

“Kami tidak menghalang kepada sesiapa yang ingin memberikan bantuan kerana ia perkara yang baik, cuma kalau boleh kita hentikanlah perkara ini daripada disensasikan, itu sahaja,” tegasnya lagi.

Roshidah meninggalkan sembilan orang anak dengan yang paling sulung berusia 14 tahun dan paling muda kembar lelaki berusia sembilan hari.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...