“Henti Sebar Berita Palsu!” – Ahli Keluarga Nor Amira Atirah

Trending

“Henti Sebar Berita Palsu!” – Ahli Keluarga Nor Amira Atirah

MARAH

Kehilangan gadis bernama Nur Amira Atirah berusia 14 tahun menjadi perhatian ramai selepas berita dan rakaman audio berdurasi 3minit 40saat itu tersebar dan viral di media sosial sejak malam tadi.

Berdasarkan maklumat yang tersebar, lokasi terakhir gadis tersebut adalah di Bandar Baru Sultan Sulaiman Klang.

Advertisement

Dalam masa yang sama banyak khabar angin disebar netizen mengatakan mangsa telah ditemui di Johor, lebih kejam lagi ada yang mengatakan mangsa sudah dirogol dan dibunuh.

Ini mengundang kemarahan salah seorang ahli keluarga mangsa iaitu Hazi Aziey berdasarkan posting Facebook yang dibuat beliau lebih kurang jam 2pagi tadi..

HAZI 1

HAZI 2

“Ya Allahhhh !! kenapa dorang ni kejam sangat2.. kenapa korang cakap adik aku mati kne bunuh lah, kne rogol lah, kes selesai lh ape lah!! Ape korang nk sebenarnye !! Tolong sangat tolong jangan percaya post2 bodoh macam ni!!!” antara luahan Hazi.

Hazi juga merayu kepada orang ramai supaya mendoakan mangsa selamat dan berhenti dari menyebar berita-berita palsu yang hanya akan menyukarkan tugas Polis.

Anggota polis masih lagi dalam usaha gerakan mencari. Sama-sama doakan agar polis berjaya jumpa adik ni dengan selamat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...