“Henti Kecam Peserta Clever Girl”- Penerbit

Trending

“Henti Kecam Peserta Clever Girl”- Penerbit

1488784_787930651340232_6599685443905516052_n

Penerbit Clever Girl Malaysia meminta orang ramai agar berhenti dari mengecam peserta rancangan itu yang dianggap kurang bijak ketika menjawab soalan yang diajukan kepada mereka di dalam program tersebut.

Advertisement

Peserta Clever Girl Malaysia pada program khidmat masyarakat di Kampung Paya Lebar.

Peserta Clever Girl Malaysia pada program khidmat masyarakat di Kampung Paya Lebar.

Shazreena Kassim berkata, 14 peserta yang dipilih mempunyai tahap IQ sangat tinggi, namun dek rasa gemuruh ketika berdepan ujian yang diberi, ia membuatkan sesetengahnya gugup.

Sebagai penerbit yang mengendalikan program baharu, segala kritikan diterima dengan hati yang terbuka. Cuma janganlah mengecam peserta secara berlebih-lebihan. Mereka sangat bijak sebenarnya, cuma kerana gugup, jawapan betul yang patut diberikan menjadi salah pula.

Mengatasi sifat gemuruh juga antara ujian buat mereka kerana ia mampu memberikan fokus yang penuh dalam melunaskan tugasan diberi,” katanya sebagaimana lapor BH Online.

Pada episod pertama, peserta yang mewakili Johor, Wan Zarith Sofea yang mewakili Johor menerima kecaman dan sindiran dari netizen apabila gagal membezakan antara Mother Teresa dengan Mahatma Gandhi.

Peserta yang mewakili Selangor pula, Arina mohd Fairin yang gagal menjawab soalan mudah mengenai bilangan warna bendera Malaysia.

Pada episod kedua pula, kebanyakan peserta memberi jawapan 3 kepada satu iaitu “Berapa banyakkah filem P Ramlee yang ada perkataan Bujang Lapok”. Pihak produksi mendapat kecaman hebat apabila jawapan itu disahkan betul oleh pengacara rancangan itu, Alif Satar.

Jawapan yang sebenar untuk soalan itu adalah empat iaitu Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok.

Disebabkan itu, netizen beranggapan bahawa pihak produksi tidak mengambil iktibar dari kontroversi pada minggu pertama.

Shazreena berkata, walaupun menerima pelbagai komen sama ada baik mahupun sebaliknya, program itu menjadi topik utama (trending) di laman sosial Twitter.

Saya tahu pihak kami perlu mengambil setiap kesilapan sebagai pengajaran agar dapat diperbaiki pada episod seterusnya. Saya juga yakin, Clever Girl Malaysia akan diterima masyarakat seiring dengan peredaran masa,” ujarnya.

21clever.transformed_0

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...