Wanita yang dikaitkan dengan Rashidi Ishak iaitu Fify Azmi tampil menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan aktor tersebut.
Sudah menganggap Rashidi tidak lebih sebagai abangnya, Fify akui beliau terkejut apabila dituduh sebagai punca keretakan rumah tangga Rashidi bersama bekas isterinya, Vanidah Imran.
Saya tiada kena mengena dengan isu perceraian Abang Shidi (Rashidi). Malah, kami sebenarnya sudah lama kenal. Ketika kami menjalani penggambaran iklan produk minyak wangi (Starrasky) pun, mereka sudah bercerai. Saya sendiri sedih dan terkejut apabila mendapat tahu mengenai perkara itu.
Saya memang tak sangka nama saya pula yang terpalit dalam kes terbabit. Sedangkan, kami bagaikan abang dan adik.
Fify memberitahu beliau sudah pun mempunyai kekasih hati dan harapnya dengan penjelasan ini tiada lagi pihak yang terus mengaitkannya sebagai orang ketiga dalam perceraian Rashidi dan Vanidah.

Fify bersama kekasihnya
Terdahulu, gosip Rashidi dan Fify bercinta mula diperkatakan selepas netizen melihat betapa mesra dan romantiknya mereka di dalam video iklan produk minyak wangi yang dimuat naik di akaun Instagram Rashidi.

abang
March 25, 2019 at 8:32 am
kembar dia dengan pengkid kan budak ni, alahai mentah lagi ni
JIMBO
March 23, 2019 at 9:00 am
Lahai..kepam nya muka ko dik
Anonymous
March 22, 2019 at 1:48 pm
Nampak tua dah Shidi ni. Tak matching dgn Fify utk iklan perfume.
Anonymous
March 22, 2019 at 12:37 pm
Dey…babi mana nak mengaku babi.
Anonymous
March 22, 2019 at 11:50 am
Nafilah selagi boleh, tup tup kendian2 kau kahwin ngan bang shidi ni, nk cover sanggup ckp dh ada teman lelaki, lahai dunia2..