Henry Golding “Sekolahkan” Miss Universe Malaysia 2017, Label Samantha “Selebriti Tiada Nilai”

Hiburan

Henry Golding “Sekolahkan” Miss Universe Malaysia 2017, Label Samantha “Selebriti Tiada Nilai”

Hangat diperkatakan warganet apabila tindakan bekas Miss Universe Malaysia Samantha Katie James yang mengeluarkan kenyataan bersifat rasis terhadap golongan berkulit hitam mendapat reaksi pelbagai pihak.

henry golding miss universe malaysia 2017

Advertisement

Tidak terkecuali, pelakon yang mula bertapak di Hollywood, Henry Golding dilihat berani bersuara dan menyelar kenyataan yang dibuat Samantha.

Menerusi posting di laman Instagramnya, henry memuat naik beberapa komen berunsur teguran buat Samantha untuk tatapan umum.

Menurutnya, beliau cuba bertenang bila berhadapan dengan perkara ini namun selepas membaca komen yang dikeluarkan Samantha ia membuatkan dirinya hilang sabar.

henry golding miss universe malaysia 2017

Tambah Henry, Samantha dilihat seakan tidak tahu apa yang dilalui golongan berkulit hitam ini setiap hari. Mlah henry juga dikhabarkan turut mengingatkan orang ramai bahawa Malaysia juga pernah berdepan beberapa rusuhan dalam memperjuangkan sesuatu isu kepada pihak berwajib.

Malah, bintang utama Crazy Rich Asians itu juga tidak ketinggalan menyeru pengikutnya agar sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara.

Kata Henry lagi, beliau dilihat seolah tidak akan membiarkan masyarakat memberi persepsi atau gambaran yang salah terhadap perkara yang sedang berlaku.

henry golding miss universe malaysia 2017

“Untuk negara Malaysia yang pernah mempunyai sejarah seperti itu, kita berusaha keras untuk move on. Sayangi antara satu sama lain, one Malaysia, one world.”

Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila bekas Miss Universe Malaysia 2017 itu mengeluarkan kenyataan berunsur rasis terhadap orang berkulit hitam.

henry golding miss universe malaysia 2017

Hal ini kerana, Samantha menyatakan golongan ini dilahirkan dengan kulit yang berwarna atas beberapa sebab malah meminta orang berkulit hitam supaya “relaks”. Bagaimanapun tindakannya itu dihentam teruk oleh netizen dan beranggapan dirinya langsung tidak layak menyandang tahta sebagai Miss Universe Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...