Henry Golding Bakal Bergandingan Dengan Emilia Clarke Dalam Projek Terbaru

Hiburan

Henry Golding Bakal Bergandingan Dengan Emilia Clarke Dalam Projek Terbaru

Sudah lama Henry Golding, pemuda kacukan Inggeris dan Iban mencipta nama di Malaysia melalui bakat pengacaraan dan peragaan walaupun dia tidak begitu banyak produk lakonan di Malaysia. Namun begitu, kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu.

Berjaya menjadi pelakon utama filem adaptasi dari novel, Crazy Rich Asians, bakat lakonan Henry mendapat perhatian khalayak Hollywood. Filem itu kini mencecah kutipan USD 152 juta di Amerika Syarikat sahaja.

Advertisement

Terbaru, Henry memberitahu di  Instagram bahawa dia akan berlakon dengan pelakon jelita yang mencipta nama melalui watak Daenerys Targaryen  siri televisyen popular, Game of Thrones, iaitu Emilia Clarke.

Henry akan berlakon dengan Emilia dalam filem ‘Last Christmas’ yang akan diarahkan oleh Paul Feig.

Ini dianggap kemajuan yang memberangsangkan untuk Henry yang semakin mendapat tempat di hati peminat filem antarabangsa kerana bakat lakonannya dalam Crazy Rich Asians. Emilia sebelum ini menjadi pelakon utama beberapa buah filem, antaranya Terminator: Genisys dan Me Before You. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

19 Comments

  1. Anonymous

    September 21, 2018 at 3:07 pm

    agak2 ada cium2 x?? hehehe

    • Anonymous

      September 21, 2018 at 11:27 pm

      Mesti kau nak tengok juga, takkan engkau nak tutup mata bila ada adengan tu

  2. M Coll

    September 21, 2018 at 12:44 pm

    ini baru hensem lah

  3. M Coll

    September 21, 2018 at 12:41 pm

    ni baru la hensem

  4. Anonymous

    September 21, 2018 at 12:04 pm

    Raja Ilya jadi ke berlakon kat Hollywood hari tu?? Dapat watak apa? Watak sampingan yg diharamkan di Malaysia tapi dihalalkan di sana ke?

  5. Anonymous

    September 21, 2018 at 10:56 am

    ni baru la hensem, yg kata remy ishak, aaron aziz, patah amin, jul ripin, alip sukriah hensem tu, rabun kot

    • wekkkkkkk

      September 21, 2018 at 11:13 am

      dpt permintaan hollywood..sbb nama pun dh omputeh..dpt watak smpingan pun jadilah utk babak yg di hrmkn oleh islam..dihalalkn kat sana.

    • Anonymous

      September 21, 2018 at 3:41 pm

      kesah apa, dia bukan islam pun

    • Anonymous

      September 22, 2018 at 12:41 pm

      gila la wekkkkkkk ni . henry golding is half iban + half english. Dia memang bukan islam /kafir. Apa masalahnya?

    • Wekkkkkkk

      September 23, 2018 at 6:20 pm

      Aku tahu…mmg iban tu agama kristian.
      Tpi filem kt malaysia x d bnrkn yg luch.
      Mka twaran mmg d ambil tnpa berfikir pjg…lainlh mcm raja Alya…konon nk ke sana ( barat) jdi plakon marvels..akhirnya indah khabo je..omputeh non muslim x brmint.
      Mcmlh wekkk ni duduk kt gua ye.

    • dah keneps

      September 24, 2018 at 8:27 am

      apa masalah and yang ko nak cuba sampaikan pon aku tktau?! serba tak kena kan ko…bangga jelah naik jgk nama nya…lg pn memg dia non muslim…diharam ke tk haram ke…isyy susah benor ehhh nak jd manusia pn smua nak di ambik kira…mangko

    • Anonymous

      September 24, 2018 at 8:30 am

      baca balik la komen kau wekkk. kau kata diharamkan oleh islam, bukan diharamkan oleh msia. cakap pun salah, ada hati nak tegakkan benang yang basah

    • Anonymous

      September 24, 2018 at 11:29 am

      jeles lah tuuu….

Loading...