Hendak Berselfie Di Bukit Kluang, 5 Orang Penuntut UMK Terjatuh Dalam Gaung

Trending

Hendak Berselfie Di Bukit Kluang, 5 Orang Penuntut UMK Terjatuh Dalam Gaung

1Seramai lima orang pelajar dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyertai aktiviti pendakian Bukit Kluang bersama 20 orang rakan lain dilaporkan telah terjatuh ke dalam gaung ketika hendak mengambil gambar selfie, lapor Berita Harian.
Pelajar berkenaan yang terdiri dari dua orang lelaki dan tiga orang perempuan berumur lingkungan 20 tahun dikatakan telah mula mendaki bukit tersebut ketika jam 1 tengah hari.

Bagaimana pun lima daripada mereka telah cuba mengambil gambar selfie di tepi gaung dikatakan telah tergelincir ke dalam gaung berkenaan sedalam sedalam 24 meter.

Advertisement

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Mohd Zailani Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 1.15 tengah hari dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Raja bergegas ke lokasi kejadian.

“Hingga petang ini, dua daripada pelajar terbabit, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berjaya dibawa naik. Bomba masih berusaha membawa keluar tiga lagi pelajar dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). “Keadaan gaung yang dalam menyukarkan kerja menyelamat mangsa,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...