Lama sungguh tidak mendengar cerita tentang Heliza Helmi. Rupa-rupanya Heliza Helmi sedang sibuk membuat persiapan untuk melancarkan koleksi hijabnya sendiri. Abang Nara suka dengan jenis tudung yang dikeluarkan kerana tidak terlalu mengikut fesyen-fesyen tudung yang semakin pelik sejak kebelakangan ini.
Cantik kan? Selain daripada tudung, Heliza turut menjual telekung yang diberi n ama “Heliza Instant Telekung”. Ini semestinya satu produk yang agak unik. Tak gitu?Lagi 8 keping gambar Heliza menggayakan koleksi hijabnya sendiri dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada blog Heliza Helmi Hijab.
peminat tudung
June 19, 2012 at 3:22 pm
tudung heliza jual labuh tp agak mahal la..maybe material & design dia yg buatkan hgnya mahal…penah tgk tudung fareeda tak? lg mhal tp cantik..masalahnya size yg labuh menepati syarak susah nk dpt…huhuhu
pelik bin ajaib
June 19, 2012 at 11:56 am
tudung labuh…bagus…tapi kenapa nak fesyen yang pelik2 sangat…kalau boleh pakai tudung tu bukan sebab nak bergaya…tapi ikhlas…nak cantik tak salah…tapi berpada-pada…apa pun semuanya di atas niat…
Harunoichi
June 19, 2012 at 11:43 am
Biasalah kalau artis jual, memanglah mahal. Padahal modal RM20 jer. Untung jadi artis. Dia jual mahal ke, murah ke, org tetap beli. Tapi ni, memang aku tak beli lar.
kasturi
June 19, 2012 at 1:01 pm
xdpt la 20. kain semeter dah berapa. ikut jnis kain lak tu. nak jahit lagi. design nya lagi. xkn nk jual 20.. huhu sedihh dgn mentaliti org sekarang . sume nak murah.
Anonymous
June 19, 2012 at 11:31 am
biar lah heliza nak jual tudung mahal2 tu.. siapa mampu, n nak beli, silakan, siapa tak mampu macam saya, tak yah beli.. yang penting tutup aurat kan;) peace~~
Anonymous
June 19, 2012 at 1:46 pm
kan kan, awk laaa yg plg bijak sekali.
Natashaammy
June 19, 2012 at 11:28 am
Tudung Heliza ni ada mahal ckit maybe sebab material yang dia pakai tu berkualiti. Lagi satu maybe seni jahitan tudung ni pun mungkin bagus jga. So kena fikir gak kenape tudung Heliza ni mahal. Mahal2 pun kalau berkualiti pun berbaloi.