Helikopter Ambil Pesanan ‘Nasi Ganja’ Ada Permit Rentas Negeri

Trending

Helikopter Ambil Pesanan ‘Nasi Ganja’ Ada Permit Rentas Negeri

Penerbangan helikopter milik syarikat swasta yang mendarat di Padang Ipoh untuk mengambil pesanan ‘nasi ganja’ pada Jumaat lalu dilaporkan mempunyai kebenaran untuk merentas negeri yang dikeluarkan oleh polis Selangor bagi tujuan penyelenggaraan pesawat, lapor Sinar Harian.

Menurut Datuk Mior Faridalathrash Wahid selaku Ketua Polis Perak, beliau mengesahkan perkara tersebut melalui hasil siasatan dan rakaman percakapan kepada individu yang terlibat termasuklah seorang individu bergelar Datuk.

Advertisement

Bagi melengkapkan siasatan, polis juga akan memanggil pegawai Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk memberi keterangan.

Sebelum ini, polis mengesahkan semakan dengan CAAM mendapati helikopter berkenaan mendapat kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) sahaja tetapi tidak mendapat kebenaran mendarat di Padang Ipoh.

Ekoran itu, orang ramai terkejut kerana helikopter tersebut terbang dengan ketinggian yang begitu rendah sebelum mendarat.

Terdahulu, dilaporkan helikopter sebuah syarikat berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dan didapati mendarat di Padang Ipoh untuk mengambil 36 pesanan bungkus ‘nasi ganja’ yang ditempah dari sebuah restoran nasi kandar.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...