Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hefny Tidak Cemburu Saya Berlakon Dengan Pekin – Uqasha Senrose

Bergandingan bersama bekas tunang, Pekin Ibrahim di dalam filem Hantu Kak Limah 2, pelakon Uqasha Senrose memberitahu, kekasihnya Hefny Sahad sedikit pun tidak merasa cemburu. Uqasha juga pada masa yang sama akui terkejut bagaimana gosip beliau dan Pekin kembali bercinta boleh tersebar sedangkan kisah mereka sudah enam tahun berlalu.

Advertisement

Itu semua khabar angin, tidak betul. Saya pun terkejut. Kami memang tiada apa-apa cuma kerja bersama. Bila dengar gosip itu saya terkejut kerana tiada maknanya. Kisah saya dengan Pekin sudah enam tahun berlalu. Saya profesional dan saya anggap dia sebagai kawan

Dengan siapa saya hendak berlakon, Hefny tidak pernah halang asalkan saya tahu jaga diri dan dia sangat percayakan saya. Hefny sangat memahami. Dia tiada masalah dan dia tidak menyusahkan kerja saya.

Berbicara mengenai hubungannya dengan Hefny, Uqasha berharap mereka dapat disatukan satu hari nanti dan mempunyai ikatan yang sah.

Sudah setahun bersama tentulah kami mahu ke arah yang halal dan ke hadapan, bukannya kawan kosong.

Advertisement

Setiap pasangan yang bercinta pasti mahukan pengakhiran yang baik dan mempunyai hubungan yang sah. InshaAllah, kalau ada jodoh Uqasha dan Hefny pasti tidak kemana.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top