Hefny Sahad Dan Uqasha Senrose Didakwa Hangat Bercinta?

Hiburan

Hefny Sahad Dan Uqasha Senrose Didakwa Hangat Bercinta?

Gosip percintaan Uqasha Senrose nampaknya sering menjadi tumpuan ramai, dikatakan sedang intim dengan kerabat diraja Pahang, Tengku Bakar, kini ada sumber mendakwa Uqasha hangat bercinta dengan pelakon dan pengacara, Hefny Sahad.

Advertisement

Menurut sumber berkenaan kepada Miss K di Astro Gempak, Uqasha ada meninggalkan komen berbaur cemburu di Instagram Hefny ketika lelaki tersebut bergambar bersama aktres Diana Danielle dan dua orang pelakon lain.

Hefny berdiri agak rapat bersebelahan Diana dan Uqasha meninggalkan komen berbunyi “rapatnya”.

Walaubagaimanapun, komen tersebut telah dipadam, mungkin kerana tidak mahu menimbulkan salah faham ataupun cuba “merahsiakan” hubungan mereka berdua.

Malah, Hefny juga ada memuat naik foto beliau bersama Uqasha juga di laman sosial berkenaan. Pendek kata, memang mereka berdua ini sedang angau.

Jika berita ini benar, kami harap baik Uqasha mahupun Hefny berterus-terang mengenai status hubungan mereka.  Tidaklah nanti jadi fitnah ataupun dikritik sesetengah netizen.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...