Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hefny Sahad Akui Sudah Putus Cinta Dengan Uqasha Senrose

Sering berkongsi foto mesra dan pernah menyatakan hasrat untuk bertunang dan seterusnya membina mahligai perkahwinan bersama, siapa sangka sebenarnya hubungan percintaan Hefny Sahad dan Uqasha Senrose sudah berakhir sejak awal tahun ini.

Advertisement

Perkara itu terbongkar apabila Hefny mengatakan beliau tidak tahu menahu mengenai kes Uqasha terlibat dengan dadah kerana mereka tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan.

Saya dan Uqasha sudah bawa haluan masing-masing sejak awal tahun ini. Jadi, saya tidak tahu menahu mengenai kes membabitkan dirinya.

Hubungan kami berlangsung lebih kurang setahun. Kami putus bukan sebab orang ketiga. Biarlah ia menjadi rahsia peribadi saya. Meskipun pernah merancang untuk ke fasa lebih serius tetapi ini aturan dan ketentuan Allah. Jodoh itu rahsia Allah.

Berbicara mengenai kes melibatkan bekas kekasihnya itu, Hefny mengakui beliau agak terkejut saat mengetahui berita tersebut. Bagaimanapun, Hefny meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mahupun memberikan komen lanjut  jika mereka tidak tahu apa yang terjadi disebalik penahanan Uqasha. Dalam erti kata lain, kalau tidak tahu lebih baik diam sahaja.

Gosip mereka putus cinta ini sudah lama menjadi bualan ramai, sejak bulan lalu rasanya. Peminat boleh menghidu ada yang tidak kena apabila Uqasha sudah memadam foto beliau bersama Hefny dan tidak lagi mengikuti akaun Instagram lelaki itu. Nak buat macam mana, jodoh mereka nampaknya tidak lama meskipun sudah ada perancangan ke fasa yang lebih serius.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

18 Comments

  1. ava

    May 10, 2018 at 11:32 pm

    Uqasha tukar kekasih cam tukar baju…senang jer dapat..mungkin sebab dia cantik

  2. Anonymous

    May 9, 2018 at 7:06 pm

    Maka nya becinta x usah heboh..show off gituu..nak tunjuk diri laku sangat..hbis putus bcinta lgi putus bcinta lgi..esok2 kau sah khawin tunjuk lh puas2..dia separuh hidup kau..dia seorang ni je paling fhm kerjaya kau..ngok

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top