Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hefny Lelaki Paling Rapat – Nad Zainal

Ya kalau sudah dilamun cinta, memang dunia ini indah belaka. Tak boleh nak salahkan Nad Zainal kerana beralih cinta daripada Azwan Kombos kepada Hefny Sahad. Mungkin ayat Hefny lagi power. Mungkin Hefny lebih caring. Mungkin Hefny lebih kacak di mata Nad. Siapa tahu kan? Yang penting, Nad Zainal kini bahagia dengan pilihannya. Selagi tak berkahwin, selagi itulah bebas buat pilihan. Tak gitu?

hefny

Advertisement

Selepas pengakuan cinta Hefny Sahad semalam, hari ini menerusi Kosmo, Nad Zainal juga telah membuat pengakuan yang sama. Amboi, amboi, amboi. Diharap Azwan Kombos bertabah. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti. Amboi. Nad Zainal juga menafikan yang Hefny menjadi punca perpisahannya dengan Azwan Kombos. Kata Nad:-

Dialah lelaki paling rapat dan saya selesa. Apa yang dia beritahu itulah sebenarnya (bercinta). Tiada apa yang hendak ditambah. Saya gembira dan harap semuanya berjalan dengan lancar.

(Kami rapat) Selepas saya dan Azwan putus. Paling utama dia (Hefny) seorang yang bijak. Dia juga matang dan bercita-cita tinggi. Kami juga mempunyai minat yang sama.

Saya tidak mahu komen (mengenai punca perpisahan dengan Azwan). Benda sudah lepas. Saya gembira dengan kehidupan sekarang. Apa yang boleh saya katakan kami sudah lama berpisah.

hefny

Semoga kebahagiaan ini kekal buat selama-lamanya untuk Nad Zainal dan Hefny Sahad. Jangan kena caras dengan orang lain pulak suatu hari nanti sudahlah. Hehehe. Selamat bercinta!!!

P.S: Jual beli kereta terpakai di Mudah.my

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top