Kehebatan seorang wanita menanggung kesakitan apabila berbadan dua tak dapat disangkal lagi.
Macam-macam ujian yang mereka hadapi seperti alahan, sakit, pening, loya dan macam-macam lagi yang wanita mengandung tanggung.
Kadangkala nampak wanita mengandung muka tenang je siap boleh lagi senyum tapi mungkin kita tak tahu disebalik kesakitan diorang tu.
Kaum lelaki, kalau boleh layan lah isteri korang macam princess sebab korang tak tahu betapi seksanya mereka untuk membawa kandungan. Dah 9 bulan, tiba masa untuk bersalin pula.
Rahmat disebalik kesusahan buat ibu mengandung..
‘Semua orang akan merasai belas kasihan & sayang..’
‘Wanita bersalin diampunkan semua dosanya..’
‘Ampunkan isteri kami dalam berkorban..’
Jadi admin harap pada semua yang bakal bergelar bapa terutamanya, hargailah isteri korang tu baik2. Jaga makan minum dan sakit isteri. Sayangi mereka kerana pengorbanan mereka lebih banyak berbanding suami.
Sumber: Facebook Rahsia Hawa