Zaman teknologi sekarang memudahkan kita semua untuk mempelajari sesuatu yang baru hanya dari internet.
Begitu juga dengan kisah sekumpulan pelajar dari Matrikulasi ini yang berjaya mencipta sistem pintu automatik berkunci hanya berpandukan YouTube sahaja. Paling hebat, rekaan itu mampu disiapkan dalam masa satu hari.
Seorang pelajar dari Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMKPh), iaitu Danial Faiz Mokhtar, 18 tular di Twitter selepas memasang sistem pintu automatik berkunci yang hanya boleh dibuka melalui akses kad pengenalan di pintu bilik kediaman di kolejnya.
maybe saya akan buat tutorial utk projek ni dgn program pic.twitter.com/fxQx5Lqlg6
— DECI (@DECI93725960) June 29, 2019
Menerusi portal Harian Metro, Danial berkata, di sekitar kolejnya pernah berlaku kes kecurian membuatkan dia mahu memasang sistem itu atas tujuan keselamatan.
Saya buat pintu automatik berkunci itu atas tujuan untuk mempertingkatkan tahap keselamatan di bilik kolej di sini. Namun, tak sangka ia boleh tular.
Katanya lagi, sebelum ini dia pernah melihat orang membuka pintu yang terkunci dari luar menggunakan dawai dengan mudah.
Jadi saya ambil inisiatif untuk memasang sistem itu menggunakan Teknologi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) dengan modal RM80.
Saya hanya mempelajarinya dengan menontonnya di YouTube dan berjaya menyiapkan dalam masa sehari.
Hanya saya dan tiga rakan sebilik saja yang boleh akses kepada pintu itu selepas saya memasukkan nombor pendaftaran (ID) kad pengenalan sistem masing-masing menggunakan sistem ‘programming’.
Danial yang menetap di Setiawangsa, Kuala Lumpur memberitahu dia tidak tahu kawannya memuat naik video itu sehingga ia viral di media sosial. Tidak dinafikan, dia merasa amat gembira apabila netizen memberikan reaksi positif dan sokongan kepadanya.
Namun, saya gembira apabila ramai netizen yang memberikan reaksi positif dan sokongan kepada saya.
Ramai yang juga meminta saya untuk mengajar mereka membuat sistem itu. Insya-Allah, saya akan buat satu video tutorial untuk supaya ia memberi manfaat kepada semua.
Merupakan penuntut jurusan Kejuruteraan di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMKPhj), Danial memang berminat dalam bidang kejuruteraann dan sistem robotik sejak daripada usia 8 tahun.
Remaja ini juga sebelum ini pernah mengharumkan nama negara bersama tiga lagi rakannya, apabila berjaya menduduki tempat kedua dalam pertandingan cabaran kemahiran di World Robot Summit (WRS) Junior School Robot Challenge Trial Competition 2017 di Tamagawa Academy & University, Jepun.
Sumber: Harian Metro