Selalunya sukan bina badan ini dipolopori oleh kaum lelaki dan kini ia menjadi trend mereka yang berminat memiliki badan yang ‘sado’.
Bagi mereka yang ingin memiliki tubuh badan menarik, berotot dan sasa tidak sahaja memerlukan pengorbanan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit, juga menekankan tahap disiplin tinggi.
Begitulah semangat kental seorang nenek yang berasal dari Korea ini, yang sanggup melakukan senaman angkat berat untuk kekal sihat.
Lim Jong So, 75, adalah seorang wanita yang menyertai sukan bina badan di Korea Selatan.
Pada tahun lepas, Lim telah dianognis menghidap spinal stenosi, iaitu masalah sakit belakang yang teruk.
Menurut Koreaboo, kondisi ini menyebabkan beliau tidak boleh berjalan menggunakan kaki kanan.
Salah satu langkah rawatan untuk menyembuhkan Lim dengan melakukan angkat berat untuk melawan sakit dan membuatkan dirinya lebih kuat.
Sekarang, Lim sudah berjaya mencapai hasratnya untuk menghilangkan sakit yang dialami setelah melakukan senaman yang disarankan oleh jurulatih peribadinya, Park Yong In.
Jurulatih peribadinya memberi cadangan agar beliau menyertai sukan bina badan. Tetapi beliau menganggap itu hanyalah satu gurauaan kerana dia sudah tua.
“Adakah anda sudah gila? Anda tahu berapa umur saya sekarang?”
Bagi Park, beliau bukan mahukan kemenangan untuk Lim, tetapi ianya sebagai satu langkah untuk memberi motivasi kepada dirinya dan mengembirakan hidupnya.
Sertai pertandingan bina badan
Buat pertama kali, Lim telah menyertai sukan bina badan yang dianjurkan di Korea Selatan. Tetapi, apa yang mengejutkan dia perlu memakai bikini dan juga kasut 15 cm tumit tinggi mengikut peraturan yang ditetapkan. Ini membuatkan dirinya sangat takut dan merasakan tindakan ini sangat memalukan.
Walaubagaimanapun, beliau tidak memenangi pertandingan yang disertai untuk pertama kali. Tetapi, kerana semangat juang yang ada dalam dirinya, beliau berlatih bersungguh-sungguh.
Sehinggalah beliau berjaya mendapat tempat kedua dalam kategori senior(38 tahun dan keatas).
Masyarakat Korea bersikap tertutup zaman dahulu
Menurut wanita ini, budaya di Korea Selatan pada zaman sekarang sudah lebih terbuka berbanding zaman dahulu. Ini kerana, pada zaman dahulu beliau tidak dibenarkan untuk memakai seluar pendek, tapi berbeza dengan masyarakat sekarang. Masyarakat pada zaman dahulu sering mengecilkan kaum wanita.
“Wanita tidak boleh lakukan apa-apa.”
Tetapi sekarang beliau sudah berjaya membuktikan bahawa semua wanita boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahukan, malahan, lebih hebat daripada lelaki.
Semua orang mempunyai impian. Tetapi jika anda mengalah, impian anda hanya tinggal impian dan tidak bermakna.
Jika anda berani mencabar diri sendiri walaupun sudah tua, saya percaya anda mampu bahagia seumur hidup.
Kisah wanita ini amat memberi inspirasi kepada semua wanita di luar sana demi mencapai impian mereka. Kepada semua wanita, jangan mengalah, teruskan berusaha!
Sumber: Koreaboo