“Hebatnya Kuasa Allah..” – Ada Dua Alat Kelamin, Wanita Terkejut Kucing Dipelihara Disahkan Khunsa

Kehidupan

“Hebatnya Kuasa Allah..” – Ada Dua Alat Kelamin, Wanita Terkejut Kucing Dipelihara Disahkan Khunsa

Melalui satu video tular di TikTok baru-baru ini, seorang wanita terkejut apabila mendapati kucing yang dipeliharanya mempunyai dua alat kelamin iaitu kemaluan jantan dan juga kemaluan betina.

Sekaligus, sewaktu membawa ke klinik veterinar, doktor mengesahkan bahawa kucingnya itu merupakan khunsa.

Advertisement

Dia ada penis (burung) tapi testis (telur) tiada. Doktor cakap kemungkinan ada di bahagian dalam atau memang tiada. Dia ada juga vulva (lubang kelamin betina).

@sitinordiana_92 Hampa pernah jaga kucing “KHUNSA” dak? Nama diberi WAWA @ WA Hebatnya kuasa Allah..Rezeki Yana dapat jaga sekor anak bulus khunsa..Dah bawa pi vet, dr sahkan mmg betoi si comel ni khunsa.. Memang pelik tengok alat kelamin dia..Semoga membesar dengan sihat🤲🏻❤️ ——————————– JANTINA JANTAN -Dia ada penis(burung) tapi testis(telur)dia tak ada , dr cakap kemungkinan ada di bahagian dalam ataupun mmg tak dak.. JANTINA BETINA -Vulva (lubang kelamin betina) pun ada Tapi alat kelamin dua2 jantina tu bersambung terus dengan anus (lubang punggung) dia.. Dr bagitau besar sikit nanti kita boleh tengok dia lebih ke arah jantina mana..Cuma kemungkinan dia akan mandul lah..Macam mana pun takpa janji budak ni sihat selalu😊 #tiktokmalaysia🇲🇾 #fypシ゚viral #kucingkhunsa #catsoftiktok #kucingcomel #fypdong ♬ original sound – notyourhabibty

Dalam pada masa yang sama, wanita yang bernama Siti Nordiana itu berkata doktor memaklumkan berkemungkinan kucing peliharaannya itu akan mandul.

Doktor bagitahu besar sikit nanti kita boleh tengok dia lebih ke arah mana. Ke arah jantina jantan atau betina.

Shahrulezad
3 months ago

"Tahniah Kerana Membantu Proses Normalisasi Ini" - Dituduh Sebarkan Agenda LGB* Menerusi Drama Khunsa, Shahrulezad Buka Mulut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...