Hebatlah, 2 Pelajar Ini Berjaya Cipta Sistem Imbasan Cap Jari Untuk Hidup Motosikal

Automotif

Hebatlah, 2 Pelajar Ini Berjaya Cipta Sistem Imbasan Cap Jari Untuk Hidup Motosikal

Minggu lepas kita semua kagum dengan seorang pemuda yang telah mengubahsuai Perodua Myvi beliau dengan konsep Tesla.

Tetapi lain pula dengan dua orang pelajar tahun akhir Diploma Teknologi Elektronik Kolej Vokasional (KV) Bachok, berjaya mencipta sistem imbasan cap jari untuk menghidupkan motosikal.

Advertisement

Hebat sungguh inovasi dua pelajar ini. Mereka adalah Wan Amiruddin Wan Amran, 19, dan Adeeb Aideen Mat Yusof, 19, yang sedang menyiapkan projek tahun akhir mereka.

inovasi 2 org pelajar ini

Wan Amiruddin berkata, projek yang dinamakan ‘fingerprint bike starter’ terhasil selepas melihat banyak kes-kes kecurian motosikal berlaku pada masa kini.

Mereke berdua ambil masa enam bulan untuk cipta sistem ini temasuk membina prototaip dan mengujinya pada motosikal yang menggunakan penghidup elektrik.

Advertisement

Selain motosikal, sistem ini juga boleh dipasang pada kereta yang menggunakan butang elektronik.

Difahamkan kedua-dua mereka membelanjakan kira-kira RM500 untuk mencipta sistem berkenaan.

Adeeb Aideen pula berkata, ciptaan mereka menggunakan perisian Arduino yang dilengkapi sistem rakaman suara dan paparan kristal cecair (LCD) dengan perkakasan elektronik seperti alat pengimbas jari yang didapati dari luar negara.
sistem ini dicipta supaya tiada lagi motor dicuri

Sistem ini sukar untuk diceroboh dan motosikal yang dipasangkan ‘fingerprint bike starter’ hanya boleh dihidupkan dengan kesepadanan cap jari pemilik atau jari individu yang direkod dalam sistem sahaja.

Setiap ‘Fingerprint Bike Starter’ boleh menyimpan 127 kod cap jari dalam sistem pemasangan.

Katanya, mereka kini sudah pun menerima tempahan memasang sistem keselamatan itu dalam kalangan pelajar dan pensyarah kolej.

Kami mengambil masa kira-kira 12 hari untuk menyiapkan setiap satu sistem ini jika alatan lengkap.

Hebatlah adik, semoga terus berjaya cipta teknologi seperti ini pada masa depan.

 

Sumber: Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...