“Hebat Ultras Malaya!”, Media Antarabangsa Kagum Lihat Semangat Penyokong Malaysia

Trending

“Hebat Ultras Malaya!”, Media Antarabangsa Kagum Lihat Semangat Penyokong Malaysia

Bagi peminat bola sepak tanah air, pastinya kemenangan Malaysia menentang Indonesia beberapa hari lalu adalah satu kenangan yang tak dapat dilupakan. Malaysia berjaya menewaskan Indonesia di dalam pusingan kedua Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 dengan skor 2-0.

Baca: “Terima Kasih Harimau Malaya!”, Skuad Kebangsaan Tumpaskan Sang Garuda

Advertisement

Selain daripada kemenangan yang diraikan, semangat penyokong-penyokong Malaysia tidak mengecewakan seperti biasa. Dengan kehadiran seramai 80,000 penyokong pada perlawanan lalu, Stadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi bergema dengan sorakan Ultras Malaya.

harimau malaya

Kredit: Ahmad Junaidi

Semangat penyokong-penyokong Harimau Malaya ini berjaya menarik perhatian media antarabangsa melalui perlawanan Malaysia menentang Indonesia. Terutamanya sorakan dan kesatuan dari Ultras Malaya yang mengetuai sorakan penyokong-penyokong.

“Pengalaman menyaksikan perlawanan Malaysia vs Indonesia mengubah hidup saya.”

harimau malaya
Rhys Ryan antara yang berpeluang menyaksikan sendiri perlawanan pada Selasa lalu. Beliau tidak menyangka semangat yang ditunjukkan oleh penyokong bola sepak tanah air sangat ‘gila’ dan hebat. Tidak pernah lagi dijumpai di mana-mana perlawanan yang dihadirinya.

Sorakan yang berterusan, choreography dan ‘lautan ombak’ berwarna kuning ini sememangnya menakjubkan. Beliau juga berharap semangat seperti ini dapat dilihat di Australia, tempat asalnya.

“Empat jam sebelum perlawanan mereka sudah berkumpul di luar stadium sambil bincang tentang perlawanan. Ini sesuatu yang tak pernah berlaku di Australia.”

harimau malaya

Sorakan Ultras Malaya

Nampaknya semasa perlawanan Selasa lalu, ramai media antarabangsa yang turut sama terpukau dengan semangat yang ditunjukkan penyokong Malaysia. Video yang dikongsikan juga telah menarik perhatian penyokong bola sepak dari luar negara.



Bekas Pengarah Pemasaran Persatuan Bola Sepak Iran turut menyaksikan perlawanan di stadium.

Memang setiap kali perlawanan Malaysia, Ultras Malaya tak pernah menghampakan! Sampaikan mereka dari luar negara juga memuji semangat yang ditunjukkan dan mereka nak saksikan sendiri semangat Ultras Malaya di stadium.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...