Hebat! Kenali Jutawan Yang Memiliki Berpuluh Buah Helikopter Dan Pesawat Di Malaysia

Kehidupan

Hebat! Kenali Jutawan Yang Memiliki Berpuluh Buah Helikopter Dan Pesawat Di Malaysia

Jika kita sinonim dengan nama-nama orang paling kaya di dunia, kali ini cuba kita kenali dengan salah satu orang paling kaya di Malaysia yang memiliki berpuluh-puluh buah helikopter dan pesawat.

Anak jati Sungai Petani, Kedah yang dikenali sebagai Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim menduduki tempat ke-25 daripada 50 orang paling kaya dalam Forbes dengan jumlah kekayaan USD675 juta.

Advertisement

Sebelum ini, beliau merupakan seorang bekas pegawai perisik tentera berpangkat mejar dan bekas penjual kereta terpakai. Semangat perjuangannya bersama isteri dalam menjalankan perniagaan itu membuahkan hasil sehingga ke tahap ini. Sungguh membanggakan!.

Pada awal perniagaannya dalam menjual kereta terpakai, beliau sering ulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum dijualnya ke Malaysia. Namun, pada ketika itu dia belum memiliki permit kelulusan (AP) dan hanya berkongsi AP kepada rakan-rakannya yang memiliki permit tersebut.

Dengan semangat dan hasil usahanya, beliau dapat memiliki AP daripada kerajaan dan perniagaannya sering mejadi sebutan. Tidak lama selepas itu, kerajaan menetapkan untuk memberhentikan pemberian AP secara terbuka dan hanya menawarkan franchies AP.

Bagaimana mendapatkan franchies AP? 

Untuk mendapatkannya, beliau perlu dilantik sebagai pengedar daripada syarikat kereta luar untuk mendapatkan permit berkenaan.

Rezeki menyebelahi pihaknya apabila syarikat Honda memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi pengedar kereta jenama tersebut di Malaysia. Selepas itu, dia juga menjadi pengedar untuk kereta jenama Chevrolet dan Suzuki pula. Betul-betul memberi inspirasi kan.

Miliki helikopter persendirian

Ketika ditemubual akhbar The Star pada satu masa dahulu, beliau menyatakan yang beliau bosan kerana sepanjang menjalankan perniagaan dia menghabiskan masa di jalan raya. Lalu, rakannya mencadangkan untuk membeli sebuah helikopter hanya untuk dia bergerak ke mana sahaja.

Berkenan dengan cadangan rakannya itu, pada tahun 2003 beliau membeli sebuah helikopter untuk kegunaannya sendiri dengan harga US$1.5 juta. Beliau akan menyewakan kepada sesiapa sahaja yang berminat sekiranya beliau tidak menggunakan helikopter miliknya.

Semakin lama menjalankan perniagaan, beliau menyedari yang permintaan helikopter di Malaysia sangatlah tinggi sehingga beliau berjaya mendaptkan kontrak untuk menyediakan perkhidmatan membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar selepas lima tahun.

Korang boleh bayang tak pekerja sektor minyak dan gas naik helikopter pergi ke pelantar. Mesti best!

Saat ini, individu yang sentiasa ‘low profile’ telah menjadi pemilik syarikat Weststar yang memiliki 40 buah helikopter, empat buah jet persendirian. Bukan tu je, beliau juga dapat kontrak bernilai RM 8 billion untuk bawa pekerja pelantar minyak. Ini belum termasuk dengan perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan dan lain-lain.

Bukan hanya dikenali sebagai ahli perniagaan, beliau juga ‘diam-diam’ banyak memberi sumbangan kepada masyarakat daripada ‘poketnya’ sendiri.

Beliau pernah memberi sembangan kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) sebanyak RM 1 Juta serta menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kumpulan Weststar dan UPM. Dana itu bertujuan untuk aktiviti pelajar terutamanya biasiswa pelajar dalam membuat kajian khususnya aeroangkasa, sesuai dengan perniagaan yang dijalankan.

Hasil semua usahanya menjadikan beliau lelaki yang terkaya di Malaysia pada ketika ini. Hebatnya!

Kekal dengan pendiriannya yang ‘low profile’ beliau jarang menyatakan jumlah aset atau harta yang dimilikinya jika ditanya oleh pihak lain.

Walaupun ekonomi pada ketika ini agak merundum, itu bukanlah menjadi halangan baginya untuk meneruskan lagi perniagaannya.

Semoga beliau menjadi inspirasi kepada semua orang supaya sentiasa berusaha untuk mencapai impian tanpa berputus asa.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...