Para penonton HBO di Malaysia bakal menyaksikan pelawak dan personaliti televisyen popular, Nabil Ahmad, apabila telah kembali menyampaikan pembentangan hiburan yang disediakan di saluran-saluran HBO Asia.
Ekoran sambutan hangat peminat di Malaysia, Nabil Ahmad akan terus menerajui HBO SENTRAL musim keempat sepanjang 12 episod. Bermula pada hari Ahad 30 April jam 3.45 petang di HBO (Astro saluran 411 / 431).
HBO SENTRAL adalah program bulanan yang diperkenalkan pada tahun 2014 secara eksklusif untuk penonton di Malaysia. Disampaikan dalam Bahasa Malaysia.
Program ini juga berfungsi sebagai panduan informasi yang interaktif berkenaan filem-filem blockbuster Hollywood dan produksi HBO.
Tayangan perdana HBO SENTRAL musim keempat akan bersiaran bermula pada hari Ahad 30 April jam 3.45 petang diHBO (Astro saluran 411 / 431). Episod baru ke udara setiap bulan pada hari Ahad terakhir.
Program inijuga boleh didapati di Astro Maya HD (saluran 135) dan Astro Ria (saluran 104). Untuk maklumat lanjut mengenai HBO SENTRAL, layari www.astrocircle.com.my