Hazwani Helmi Kecewa Ramai Tak Tonton ‘The Voice Of Hind Rajab’ – “Penduduk Muslim Ramai Tapi..”

Hiburan

Hazwani Helmi Kecewa Ramai Tak Tonton ‘The Voice Of Hind Rajab’ – “Penduduk Muslim Ramai Tapi..”

Aktivis kemanusiaan dan pelakon, Hazwani Helmi, meluahkan rasa kecewa apabila mendapati masih ramai umat Islam di Malaysia belum menyokong tayangan filem The Voice of Hind Rajab.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Hazwani atau nama lengkapnya Nur Hazwani Afiqah Helmi, 29, memaklumkan bahawa jumlah tontonan filem berkenaan di Malaysia setakat ini hanya mencecah sekitar 39,000 penonton.

Advertisement

Hind Rajab

Menurutnya, angka itu amat rendah jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Muslim di negara ini yang dianggarkan seramai 29.1 juta orang.

“Sedihnya. Orang yang tengok filem The Voice of Hind Rajab di Malaysia baru 39,000 saja tatkala penduduk Muslim di sini ada 29.1 juta.”

Hazwani turut membandingkan sambutan filem tersebut di luar negara, khususnya di Perancis, yang mencatat jumlah tontonan tertinggi walaupun populasi Muslim di negara itu hanya sekitar 10 peratus.

“Manakala di negara bukan Islam paling tertinggi ranking sekarang iaitu dari negara Perancis sebanyak 300,000 jumlah tontonan sedangkan penduduk Muslim di sana hanyalah 10 peratus saja.”

Dalam pada itu, adik kepada selebriti Heliza Helmi itu turut mengajak rakyat Malaysia menggunakan kuasa media sosial untuk menyebarkan filem berkenaan sebagai usaha meningkatkan kesedaran terhadap realiti penderitaan kanak-kanak di Gaza.

“Ayuh Malaysia, gunakan kuasa viral untuk menyebarkan kisah realiti anak kecil dari Gaza berusia 6 tahun yang syahid diperlakukan oleh Israel.”

“Setiap RM1 dari tiket juga akan diinfaq.”

Untuk makluman, The Voice of Hind Rajab membawa penonton menyusuri detik-detik akhir kehidupan seorang kanak-kanak perempuan Palestin berusia enam tahun, Hind Rajab, yang terperangkap di dalam sebuah kereta di tengah konflik peperangan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Mia sara nasuha
2026-01-23 09:10:34

"Kau Beria Menangis Depan Wartawan, 'Open Bottle' Ramai-Ramai Kat Club" - Puteri Balqis Ajak Mia Sara 'Face To Face'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...