Hazami Nafi Hidap Kanser Usus

Hiburan

Hazami Nafi Hidap Kanser Usus

Sekitar bulan Ogos lepas, penyanyi Hazami telah dikejarkan ke ICU Pusat Perubatan Tropicana Damansara setelah mengalami sakit perut secara tiba-tiba sebelum disahkan menghidapi penyakit Diverticular Disease dimana ia berlakunya pendarahan di usus.

Advertisement

Berita tersebut nyata mengejutkan ramai dan ada pihak yang mendakwa beliau sebenarnya menghidap kanser. Walaubagaimanapun, Hazami menerusi portal Berita Harian tampil untuk menjelaskan perkara yang sebenar dimana beliau bebas kanser selepas menjalani ujian biopsi.

Sejujurnya saya tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan perasaan ketika itu kerana saya tidak pernah jatuh sakit sebelum ini. Saya menghidap diverticulum atau kantung darah pada usus yang kemudiannya pecah menyebabkan pendarahan yang banyak, tetapi bukan kanser.

Hazami kini sudah beransur pulih dan berat badannya juga sudah naik sebanyak 6 kilogram. Buat masa ini, beliau sedang cuba mengamalkan diet yang seimbang tanpa  memerlukan sebarang ubat daripada doktor.

Saya berhasrat untuk menambah berat badan sehingga 60 kg dan kini, saya juga gigih bersenam di gimnasium. Doktor yang merawat saya juga tidak membekalkan sebarang ubat-ubatan, cuma saya dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan seimbang serta banyak makan buah-buahan.

Alhamdullilah, ini berita yang cukup menggembirakan. Harapnya selepas ini keadan Hazami akan lebih membaik dan sihat selalu.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...