Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hazama Tidak Terlalu Memaksa Dalam Membimbing Isteri

Sah bergelar suami kepada pemuzik, Genervie Kam, penyanyi Hazama kini sedang melalui fasa baru dalam perkahwinan campur. Meskipun sibuk dengan kerjayanya, Hazama tidak menjadikan ia satu alasan untuk mengabaikan tanggungjawab dalam membimbing isterinya.

Advertisement

Hazama mendidik isterinya yang bergelar mualaf dengan teknik teladan mengikut sesuatu situasi dan tidak terlalu memaksa Genervie untuk memahami apa yang dituntut oleh agama Islam.

Alhamdulillah, kini kami melangkah ke fasa baru dalam kehidupan dan semuanya berjalan lancar. Dia adalah wanita yang baik dan saya juga turut menjalankan tanggungjawab sebagai pembimbingnya.

Bila ada sesuatu situasi, lebih mudah untuk saya memberikan contoh dan teladan kepadanya. Kalau sekadar bercakap dan bercerita, mungkin sukar untuk dia faham. Contohnya, apabila berlaku sesuatu situasi, saya akan kaitkan dengan contoh yang berkaitan dengan agama. Dia lebih mudah faham dengan cara begitu kerana dia nampak sendiri pengajaran daripada apa yang berlaku.

Berbicara mengenai perancangan mereka untuk berbulan madu, Hazama akui ia bukanlah satu perkara yang begitu penting buat mereka. Buat Hazama, beliau tidak terlalu memikirkan tempat istimewa untuk beliau dan Genervie meluangkan masa bersama.

Advertisement

Dalam mendidik seseorang tentang agama terutama sekali mualaf haruslah dilakukan tanpa paksaan ataupun terburu-buru. Biarlah mereka memahami setiap perkara didalam Islam perlahan-lahan agar betul-betul mendalami apa yang dituntut dalam agama.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top