Hazama Tidak Mahu Paksa Kekasih Untuk Peluk Islam

Hiburan

Hazama Tidak Mahu Paksa Kekasih Untuk Peluk Islam

Sudah tiga tahun penyanyi Hazama bercinta dengan kekasihnya Genervie Kam. Namun, pasangan ini masih belum lagi melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan mereka.

Advertisement

Mengakui kekasihnya itu bukan beragama Islam, Hazama yang ada menyimpan hasrat untuk berkahwin dan harap Genervie bakal memeluk Islam bagaimanapun tidak mahu terlalu memaksa kekasihnya itu.

Jelas Hazama, beliau juga mempunyai tanggungjawab yang berat dan memerlukan masa untuk menyakinkan semua orang selain membimbing Genervie.

Cita-cita saya itu memang lah nak berkahwin, namun semua sedia maklum dia bukan berasal dari agama yang sama. Jadi tanggungjawab saya berat dan perlukan masa untuk yakinkan semua orang.

Disebabkan faktor tersebut, saya sebagai orang Islam tidak mahu memaksa dia untuk memeluk agama kita dan biarlah Allah sahaja yang dapat membuka pintu hatinya. Bila sudah terbuka nanti saya pasti akan berkahwin juga.

Betul tu, kita tidak boleh paksa seseorang itu memeluk Islam hanya dengan niat untuk berkahwin. Biarlah Genervie sendiri ikhlas untuk mendalami Islam, InshaAllah berkat doa Hazama dan jika kalian ada jodoh siapa tahu hati beliau akan terbuka nanti.

Sumber Berita: Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...