Mengumumkan bakal berkahwin dengan cinta hatinya, Genervie Kam pada tahun ini, penyanyi Hazama hanya ingin mengadakan sebuah majlis pernikahan yang sederhana dan berharap dapat mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Menurut Hazama, beliau hanya akan melakukan perkara wajib iaitu akad nikah sahaja dan merancang untuk mengadakan majlis tersebut sebelum pertandingan Anugerah Juara Lagu ke 31 (AJL 31) pada 22 Januari depan.
Saya sekarang terlalu sibuk dengan beberapa program, jadi memang tiada masa untuk buat persiapan perkahwinan. Selain persiapan Anugerah Juara Lagu, saya juga terlibat dengan Mentor Milenia musim kedua. Saya hanya mahu melakukan perkara yang wajib sahaja, mungkin nikah gantung sahaja terlebih dahulu.
Hazama dan Genervie belum lagi memikirkan tarikh yang sesuai untuk majlis resepsi mereka. Namun, mereka ada berbincang untuk tidak melakukan ia secara besar-besaran dan hanya untuk meraikan rakan-rakan.
Saya tidak fikirkan untuk adakan majlis besar-besaran sebaliknya yang sederhana dan untuk meraikan rakan-rakan sahaja. Namun kami belum membincangkannya lagi.
Benda baik memang harus dipercepatkan betul tak? Kami doakan agar perancangan Hazama untuk bernikah berjalan lancar.