Hazama Dan Kekasih Rancang Berkahwin Selepas Aidilfitri

Hiburan

Hazama Dan Kekasih Rancang Berkahwin Selepas Aidilfitri

Setelah tiga tahun bercinta dan menunggu masa yang sesuai, penyanyi Hazama dan kekasihnya Genervie Kam yang merupakan seorang pemuzik bakal menamatkan zaman bujang dan merencana untuk berkahwin selepas Aidilfitri nanti.

Meskipun belum mempunyai tarikh tertentu, Hazama bagaimanapun mahu mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana dan melakukan perkara yang wajib sahaja. Malah, mereka juga tidak mahu bertunang.

Advertisement

Kami mempunyai hasrat untuk berkahwin selepas hari raya nanti namun belum menetapkan tarikh. Lagipun kami menginginkan sebuah majlis ringkas dan sekadar akad nikah saja. Lakukan perkara wajib dan daripada membazir lebih baik wang itu dilaburkan membeli rumah.

Saya pun sudah mencecah 32 tahun dan rasanya tidak perlu untuk bertunang atau merisik. Di atas nasihat keluarga, kami sepakat untuk mengadakan majlis seringkas mungkin.

Pada masa yang sama, Hazama memberitahu Genervie kini sudah terbuka hatinya untuk mendalami keindahan agama Islam dengan lebih dekat.

Hazama berharap masyarakat memberikan kata-kata positif dan tidak membuat kekasihnya itu tertekan seperti yang berlaku kepada Stacy sebelum ini.

Kita lihat apa yang terjadi pada Stacy. Saya harap perkara sama tidak berlaku kepada Gen kerana saudara baharu tidak seharusnya berhadapan dengan tekanan sebegitu dan ia memberi imej buruk kepada kita semua.

Alhamdullilah, akhirnya tambah lagi seorang saudara baharu didalam Islam. Semoga perancangan perkahwinan Hazama dan Genervie berjalan dengan lancar dan sama-sama kita memberikan sokongan kepada Genervie untuk terus mendalami agama Islam dengan lebih baik.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...