Baru-baru ini tular di media sosial video memaparkan personaliti TV, Hawa Rizwana seperti sedang menahan mengantuk ketika membacakan berita di Buletin Utama.
Mata yang kelihatan lesu membuatkan orang ramai tertanya-tanya adakah pengacara dan penyampai berita itu keletihan akibat beban kerja yang banyak.
Terbaru, Hawa dalam laporan mStar Online menafikan dakwaan dia penat. Menurutnya, mungkin ketika itu dia sedang menyampaikan berita yang serius.
Nampak penat sangat ke? Okay, lepas ini saya senyum lebih sikitlah.
Jelas Hawa lagi, apabila dia menghayati sesuatu berita, dia sendiri tidak dapat mengawal memek muka yang dihasilkan. Kerjaya sebagai pembaca berita memerlukan dia memahami isu supaya informasi dapat disampaikan secara tepat kepada penonton.
Mengenai video tular, Hawa berkata dia hanya menyedari perkara itu apabila ditegur rakan sejawat bertanyakan sama ada dia dalam keadaan baik. Dia bagaimanapun menjelaskan keadaan dalam keadaan terkawal.
Difahamkan, selain Buletin Utama, Hawa turut bertugas sebagai pengacara Wanita Hari Ini yang ke udara pada pukul 12.30 tengah hari. Dia juga merupakan penyampai radio Buletin FM pada pukul 6 hingga 10 pagi.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.