Semalam, pengacara dikenali ramai iaitu Hawa Rizwan memuat naik satu foto di laman Threads memaparkan satu kad yang menawarkan dirinya untuk menjadi ‘bridesmaid’ untuk seseorang’.
Dalam kapsyen yang ditulis, Hawa seakan-akan mengajak orang ramai untuk meneka siapakan individu yang bakal berkahwin selepas ini.
Susulan itu, rata-rata netizen menghujani ruangan komen hantaran tersebut dengan meneka nama beberapa selebriti wanita.
Antara nama selebriti yang ramai petik ialah pelakon, Nora Danish ia kerana ada yang mendakwa warna tema majlis tersebut seakan-akan mengikut warna produknya.
Dalam pada masa yang sama, ada juga yang meneka nama Bella Astillah tetapi ramai menafikannya.
Bagaimanapun, Hawa tidak memberi sebarang maklumat mengenai individu yang bakal berkahwin tidak lama lagi tersebut.