February 2nd, 2012

Sejak kebelakangan ini penyanyi Hattan tidak lekang dengan kontroversi. Baru-baru ini dia telah bercerai selepas dua bulan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Farah Asyikin Othman, dan yang terbaru, dia didakwa memperdayakan bekas vokalis kumpulan Baji, Abang Yusuf Abang Daud, 36, dan isterinya, Noor Maszura Abu Bakar, 30  hingga mereka diisytiharkan muflis dan berhutang RM 1 juta.
Berkenaan berita itu, Hattan telah memberitahu Harian Metro:-

Saya tak baca berita itu tetapi saya ada mendengar mengenainya tetapi saya tak mahu komen lebih-lebih. Apa cerita sebenarnya hanya saya, mereka dan Allah SWT yang tahu.

Tambah Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sha-habudin, dia tahu apa yang dia lakukan:

Saya pernah tolong mereka dengan membawa Yusuf ke persembahan pentas tetapi tak perlulah saya cakap lebih-lebih berkenaan dakwaan mereka itu kerana saya tak mahu membuka aib orang. Tetapi kalau dia mahu menjatuhkan saya, terpulanglah. Sekiranya selepas ini saya terpaksa pergi ke mana-mana dengan menaiki bas, saya naiklah bas.

Hidup macam inilah, apabila kita berjaya dan sudah berada di atas, ada saja pihak yang dengki serta tidak suka tengok kita senang. Selalunya apabila timbul cerita macam ini atau kontroversi lain, saya buat tak tahu kerana kalau ambil tahu pun, buat sakit kepala saja.

Malah kata Hattan lagi, dia akan menumpukan  membuat banyak kebajikan pada tahun ini:

Sekarang saya mahu rileks dan insya-Allah tahun ini saya mahu mengerjakan fardu haji serta memperbanyakkan kerja kebajikan bagi membalas balik jasa masyarakat yang menyokong saya selama ini.

Untuk makluman anda sepasang suami isteri tersebut beberapa hari lepas mendakwa mereka menanggung hutang hampir RM1 juta dan diisytiharkan muflis akibat diperdaya Hattan disebabkan penyanyi terbabit gagal menjelaskan pelbagai jenis pinjaman bank berjumlah RM929,503. Noor Maszura berkata, semuanya bermula apabila dia dan suaminya dilantik oleh penyanyi terbabit sebagai pengarah syarikat rakaman miliknya pada Disember 2002.

Rupa-rupanya dia mempergunakan kami berdua untuk dia membuat pelbagai pinjaman bank dan kami diarahkan menjadi penjamin dengan alasan kami pengarah syarikat.

Tambah beliau, pada 2003 penyanyi terbabit membeli sebuah Mercedes Benz berharga lebih RM400,000 diikuti kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dengan menjadikan mereka sebagai penjamin pinjaman.

Tak tahulah siapa yang salah atau betul, tetapi kami berharap satu keputusan yang tidak merugikan kedua-dua belah pihak akan dicapai selepas ini.


137 responses to “Hattan – Saya Tidak Mahu Buka Aib Orang”

  1. Atan says:

    Orang kelantan babi xkuat, dahla curik laptop gua. Hambik kau, penerajang maut gua. Curi lagi babiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

  2. Gua frust beb says:

    AKU MEMANG SAKIT HATI DGN STATEMENT
    HATTAN NI TAU:-
    Saya pernah tolong mereka dengan membawa Yusuf ke persembahan pentas tetapi tak perlulah saya cakap lebih-lebih berkenaan dakwaan mereka itu kerana saya tak mahu membuka aib orang. Tetapi kalau dia mahu menjatuhkan saya, terpulanglah. Sekiranya selepas ini saya terpaksa pergi ke mana-mana dengan menaiki bas, saya naiklah bas.

    METRO TANYE LAIN, TAPI YG LU JWAP LAIN NI APA HAL???
    LU PERNAH TOLONG BAGI PERSEMBAHAN PENTAS KE, APA
    KE, DARI NIAT HATI IKHLAS KE TIDAKKKK NI BRO??? YG LU
    UNGKIT NI KENAPA LAA PULAK? SO, KLAU LU TOLONG SI YUSUF TU,
    DIA KENA LAA ACCEPT LU DAH MENGANIAYA DIA..LAGI SATU, YG LU
    NAK CKP PASAL NAIK BAS TU APA PULAK KES??? LU MENGHINA TU BRO…GUA NI PUN SLALU GAK NAIK BAS.. STATEMENT LU NI BRO
    MEMANG STATEMENT ORANG TAK ADA OTAK LAAA…BRO, LU P LA SETTLE CEPAT2 BRO.. DOSA KLAU DGN ALLAH, INSYALLAH KLAU LU BERTAUBAT, ALLAH AKAN AMPUN KAN, TAPI DGN MANUSIA BRO, AZAB BRO KLAU PSANGAN NI X MAAFKAN LU BRO.. INGAT BRO.. SETIAP AIR MATA YG MENGALIR DARI PASANGAN TERANIAYA NI, DI KIRA TUUUU…GUA NI TAK LA BAIK SGT BRO, TAPI GUA BLUM LAA LAGI MENGANIAYA ORG.. GUA ANIAYA PUN DIRI GUA SENDIRI….BRO, SETIAP DUIT DAN REZEKI LU TU DUIT HARAM TUUUU, BERASAP NNTI BRO KUBUR LU, KLAU LU MATI NNTI… MALU GUA BRO, SBB LU PENYANYI PUJAAN GUA SATU MASA DULU..

  3. Perghhhhhhh says:

    Perghhhh… Hattan kaya siottt.. Dia ada umah
    Banglo kat sri menanti, banglo ada kolam renang,
    Ada mini golf.. Dia pkai bmw, range rover, ada motor
    Harley davidson, 2biji naza motor superbike.. Aku tau pun
    Coz aku kwan dgn family member dia jugak.. Hehehe

    Klau betul laa dia mnganiaya org mcm ni, kesian kat org
    Yg teraniaya tu.. Pegi laa settle kan hutang ko tu, gilerrr..
    Nak dekat 1j.. Klau aku jdik diorng ni pun, jgn kata masuk kat
    Metro, memang aku amukkkkk dah.. Hattan ko bernasib
    Baik jugak laa, pasangan tu sabar smpai 8thun..
    Isk…isk..isk…

Loading...