Hattan Enggan Ulas Isu Penyebaran Gambar Bekas Isterinya Dalam Pelukan Lelaki Lain

Hiburan

Hattan Enggan Ulas Isu Penyebaran Gambar Bekas Isterinya Dalam Pelukan Lelaki Lain

Ramai yang tertanya-tanya apakah punca sebenar penceraian Hattan dan isterinya, Farah Asyikin. Iyerlah, kahwin baru 2 bulan tup-tup dah bercerai. Ada suara-suara yang menyatakan Hattan kecewa apabila melihat gambar Farah Asyikin berada di dalam pelukan seorang lelaki. Namun apabila ditanya adakah gambar tersebut menjadi punca penceraian mereka, Hattan enggan mengulas lanjut.

http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/AARIZ/hattandanisteri.jpg

Advertisement

Malah di beberapa blog disiarkan beberapa email yang kononnya ditulis oleh bekas isteri Hattan yang menyentuh isu pengguguran bayi dalam kandungan. Dan sebelum itu tersebar email-email yang kononnya menuduh bekas isteri Hattan berhutang dengan ramai orang. Namun tidak diketahui pula sama ada penyebaran-penyebaran email ini menjadi salah satu punca penceraian mereka berdua.

Apa pun Hattan dilaporkan ingin berehat dan santai buat sementara waktu. Baguslah tue. Tenangkan jiwa, tenangkan minda. Semua benda yang terjadi ada hikmahnya. Sekiranya Hattan bertemu jodoh sekali lagi, Abang Nara doakan agar jodoh tersebut kekal sehingga ke akhir hayat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...