Hati Tiz Zaqyah Kini Kembali Berbunga Bersama Daniel Haziq

Hiburan

Hati Tiz Zaqyah Kini Kembali Berbunga Bersama Daniel Haziq

Patutlah Abang Nara nampak Tiz Zaqyah semenjak dua ini begitu ceria sekali di dunia Internet. Rupa-rupanya hati Tiz sedang berbunga-bunga kembali dilamun cinta dengan rakan sekolah menengahnya yang dikenali dengan nama Daniel Haziq.

daniel haziq tiz zaqyah

Advertisement

Memang kacak orang yang berjaya mencuri hati Tiz Zaqyah ini (walaupun masih tidak sekacak Abang Nara). Berkata kepada Harian Metro hari ini, Tiz menafikan yang dia pernah bercinta monyet dengan Daniel Haziq ketika di alam persekolahan dahulu.

Kami berjumpa semula selepas 11 tahun kenal. Hubungan kami menjadi rapat hanya beberapa bulan lalu dan buat masa ini kami masih mengenali antara satu sama lain lebih rapat. Apa boleh saya katakan, dia seorang pemalu dan baik hati. Saya selesa berkawan dengannya dan kami belum ada apa-apa perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

daniel haziq tiz zaqyahKepada Daniel Haziq, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dikebas orang. Lebih-lebih lagi kalau orang itu ialah Tiz Zaqyah yang memang diakui kecantikannya di seantero Malaysia. Lagi 2 keping gambar Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq dengan membaca entri ini sepenuhnya.
virgin coconut oil catalystP.S: Banyak testimonial positif yang telah diterima oleh mereka yang mengamalkan pemakanan virgin coconut oil Catalyst. Kalau anda inginkan wajah yang cantik berseri, emailkan ke [email protected] atau LIKE Facebook CantikNara untuk info lanjut.

daniel haziq tiz zaqyah
daniel haziq tiz zaqyah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...